COUNTER

free hit counter

FOLLOWERS

SPONSORED BY





Monday, June 28, 2010

Amalan Menghindari Pukau..

salam..tadi aku ada usha website Harian Metro..pastu baca ruangan Soal Jawab oleh Dr.Mashitah..kat sini aku nak share sikit amalan-amalan yang boleh dilakukan untuk menghindari perbuatan pukau..ikuti soalan beserta jawapan yang dipetik dari SINI..


SOALAN :

KEBELAKANGAN ini kita sering mendengar mengenai pukau. Pukau boleh terjadi di mana saja, bukan saja di rumah, bahkan sewaktu kita berjalan-jalan. Pukau juga boleh dilakukan dengan banyak cara seperti sentuhan, renungan mata dan banyak lagi yang kita tidak ketahui kecuali pengamal pukau berkenaan.

Kita juga sering dihadapkan dengan amalan melindungi diri daripada pukau menurut petua nenek moyang seperti meletakkan penyapu terbalik di belakang pintu rumah. Adakah pendapat itu benar dan apakah pandangan daripada sudut Islam? Apakah amalan baik (doa) yang boleh melindungi diri dan rumah daripada terkena pukau?

CHOKY DINZLY, Kelantan .


JAWAPAN :

Pukau satu daripada amalan sihir. Perbuatan ini berdosa besar dan boleh membawa kepada syirik dan hukum mempelajarinya haram.


Mereka yang mengamalkannya dan memudarat pada manusia sebagaimana difatwakan oleh ulama pada 11 Oktober 1993 sebagai berdosa besar dan wajib dihukum.


Nabi Muhammad SAW mengajar kita supaya sentiasa memohon perlindungan Allah daripada terkena sihir. Sebagai manusia, Nabi tidak terkecuali dikenakan dengan amalan jahat ini. Oleh itu dalam surah al-Falaq kita disaran berlindung daripada kejahatan makhluk tuhan, kejahatan malam dan kejahatan sihir (pukau) serta kejahatan daripada sifat dengki.


Perbanyakan membaca surah ini dan berlindung dengan Allah dan mengamalkan doa mathurat yang diajarkan Nabi supaya terelak daripada sihir dan pukau. Apabila manusia berzikir, dia mengingati Allah dan apabila dia mengingati Allah dia tidak lalai. Hanya manusia yang lalai dan alpa mudah terkena amalan sihir.


hmm camtu la amalannya..rajin-rajin lah amalkan membaca Surah Al-Falaq & doa-doa yang terdapat dalam Al-Mathurat..semoga kita semua dijauhkan daripada

perkara-perkara sihir macam ni..amin..


till then,

semoga hari ini lebih baik dari semalam..

*adios,salam*

2 comments:

shaa bonitaa said...

baru tgk kt tv3 ai tu psal pukau2 ni..takotttttttt~~~

cLiQue_kAziShA said...

@shaa bonitaa : hmm sama2lah kita amalkan surah Al-falaq ye :)

nuff