COUNTER

free hit counter

FOLLOWERS

SPONSORED BY





Monday, June 7, 2010

Tiga Beradik Maut..(Kemalangan Ngeri)

Salam..entry kali ni psl eksiden yg berlaku kat penang..ngeri la plak aku tgk gmba2 ni..tiga beradik meninggal sbb terperangkap kat dlm kete satria neo kaler hitam..kete tu terbakar lepas terlanggar tembok tol..hmm ajal diorang da smpai..innalillah..

berita dai Harian Metro Online..


KEPALA BATAS: Tiga beradik yang dalam perjalanan pulang ke rumah mereka di Kepala Batas di sini maut apabila kenderaan yang dinaiki terbabas dan melanggar tembok di Plaza Tol Sungai Dua arah utara di sini sebelum terbakar awal hari ini.

Kemalangan ngeri jam 2.45 pagi itu menyebabkan Azwari Aznal Nithia Azlan
Nithiabalan, 20, Azwani Aznil Nithia, 22, dan Aztika Azrin, 14, mati di tempat
kejadian.

Pemangku Pegawai Turus Trafik Pulau Pinang, Asisten Superintendan Ahmad Ezzely Razali berkata, kereta jenis Proton Satria Neo warna hitam yang dipandu Azwari dipercayai terbabas sebelum melanggar tembok tol di lorong ketiga plaza itu.

"Selepas terlanggar tembok tol di lorong ketiga, kereta yang dinaiki tiga
remaja dari Seberang Jaya itu terlanggar tembok tol keempat dan terbalik
beberapa kali sebelum terbakar.
Ahmad Ezzely berkata, mayat tiga beradik itu di hantar ke Hospital Kepala
Batas untuk bedah siasat.

"Polis akan mendapatkan rakaman kamera litar tertutup (CCTV) di plaza tol
itu bagi menjalankan siasatan lanjut," katanya.

Beliau turut meminta orang ramai yang mempunyai maklumat mengenai kejadian
itu supaya menghubungi balai polis berhampiran bagi membantu siasatan.

Sementara itu, mayat tiga beradik berkenaan dituntut anggota keluarga mereka
selepas selesai bedah siasat dan dibawa pulang ke rumah mereka di Bertam di
sini.

Mayat mereka akan dikebumikan selepas solat Asar hari ini. -Bernama



pandulah dgn cermat..igtlah org yg tersayang..

-al-fatihah-
*adios,salam*

2 comments:

izzakmp08 said...

azwari aznal is a friend of mine,.
such a shock to us...

syaz said...

al-fatihah...my fren..RIP aznal...

nuff