COUNTER

free hit counter

FOLLOWERS

SPONSORED BY





Thursday, June 24, 2010

Tragedi2 Dalam Family Pakcik Azmee..

salam..ari ni saje nak conteng2 blog aku..sebenarnya dah lama terfikir nak citer pasal kejadian2 yang tak diingini yang pernah berlaku dalam keluarga aku..ni pun ade sket2 je yg aku ingat..


1) Jatuh Basikal (1) .

walaupun benda kecik,aku ingat jugak benda ni sampai sekarang..(ehh ni dikategorikan sebagai tragedi ke?? blasah je la) aku umur 4 tahun kot waktu tu..aku naik basikal dengan abg aku yang ketiga (fahmi @ mimi) alaa budak2 kan,seronok la mase naik basikal..aku duduk kat belakang..masa kitorang tengah seronok jalan-jalan,mimi pecut masa tu..pastu mase dekat-dekat dengan bumper jalan,baru la dia kurangkan laju..aku pulak tak pegang dia masa tu..aku siap jatuh kat atas bumper lagi..sakit w0oo..abes calar-calar siku aku,sebab nak elak kepala aku terhantuk atas bumper tu..hahaha..

ni la mimi..gambar time dia konvo kat Politeknik Sultan Azlan Shah..
sekarang die ade kat Kuala Terengganu..dia ade kat offshore hari tu..dapat offer dari Petronas..



2) Jatuh Basikal (2) .

owhh jatuh basikal lagi yer..tak serik-serik..hahaha..kali ni lebih teruk daripada jatuh basikal yang tadi tu la..umur aku 6 tahun masa ni..sedang tadika..aku duduk dengan arwah atok aku..sekali dengan sepupu aku yang sebaya dengan aku (Zafika@Ika)..macam biasa la,petang-petang mesti nak keluar main kan..and lagi skali,aku naik basikal..tapi kali ni Ika yang bonceng kat belakang..nak dijadikan cerita,kat taman perumahan tu ade sebuah bukit..kami tolak basikal tu sampai atas bukit,lepas tu turun balik..suka kena angin kot..hahaha..beberapa kali kami wat macam tu..tiba-tiba ade sekali tu aku tak dapat kawal handle basikal tu..jatuh kaw2 punya masa turun kat bukit tu..w0ahh mmg sakit gila la..dua-dua muka terseret kat atas jalan tar oke..baik punya luka..pastu masing-masing menangis,tolak basikal balik rumah..wakakaka..seb baek la luka tu tak tinggalkan parut kat muka kami berdua..hihi..

ni la Ika , sepupu aku tu..muka dia suda tidak berparut kan? hehe..

3) Rumah Nyaris Dimasuki Pencuri .

hmm yang ni plak kisah ade orang cuba nak masuk rumah aku..masa tu aku tak ingat umur aku berapa..kecik lagi la..aku dapat tahu pasal ni pun keesokan harinya,sebab aku dah tido masa kejadian tu..camni ceritanya..akak aku (Suhaila@Angah) sorang-sorang je kat rumah..dia terdengar macam ada orang cuba nak bukak pintu belakang rumah aku..dia cuak gila,terus telefon arwah atok aku..(rumah aku masa tu dekat je dengan rumah arwah atok)..atok pun dengan kadar yang segera terus gerak rumah aku siap bawak kayu hoki skali..pencuri tu pun cuak gak kot,terus larikan diri..

nak kana letak signboard macam ni kot kat pintu rumah..huhu

4) Patah Tangan Kiriku .

ni plak pasal kemalangan yang sangat-sangat aku tak boleh lupa sampai sekarang..aku tingkatan empat masa ni..naik kereta Proton Juara dengan family aku..yang ada aku,ayah aku,emak aku,angah & ain (adik aku)..aku tengah baca majalah Ujang dalam kereta..akak aku yang drive masa tu..kat highway Sungai Buloh kalau tak silap aku,kereta kami terdorong ke tepi..punca dia aku pun tak tau..kereta bepusing berapa kali ntah sebelum termasuk kat dalam gaung,aku tak kira,tapi kami memang sempat mengucap je la masa berpusing-pusing tu..takut memang takut gila lah kan..bila kereta dah berhenti,semua sedar lagi..aku cuba bangun dari tempaat aku duduk,tapi tak boleh..aku cuba gerakkan tangan kiri aku,TAK BOLEH GERAK LANGSUNG..aku keluar dari kereta pun ada orang tolong angkat..tak ingat siapa..terima kasih! bila aku kat luar,aku nampak kepala abah berdarah..angah pun sama..ada darah kat tudung..mak aku sakit kat dada..terhantuk kat dashboard rasanya..adik aku plak terhantuk kat mana aku tak tahu..kepala dia sakit..kami dihantar gi hospital Kuala Kubu Bharu..aku je yang kena tahan kat wad,sebab tangan aku patah (kat area lengan) . doktor kata tulang aku terpatah tiga..cuba bayangkan camna..hihi..esoknya aku kena hantar kat hospital besar Sungai Buloh pula..sebab kat sana je ada doktor pakar..last2 kena simen la tangan ni..

kereta ini sudah disahkan "total lost"

5) Eksiden Lagi .

ni kira kemalangan yang paling latest la..tapi yang ni tak ada siapa dari family kami yang cedera..Mimi drive kereta Viva abang Daus (abang aku yang kedua)..masa nak buat U-turn,ada satu motor ni tengah laju,terlanggar la Viva tu..cermin Viva pecah..penunggang motor tu salah sorang bakal cikgu..baru je berpindah kat sini..dia pun cedera tak berapa teruk sangat..tapi nak buat camna..memang salah dia..

syukur sebab takda sapa-sapa tercedera..


hmm tu je lah yang aku ingat..ada yang terlepas rasanya..apa-apa pun,aku berdoa semoga keluarga aku tak ditimpa lagi dan dijauhkan dari kejadian-kejadian yang macam ni..(aminnn)

oke lah..till then..
*adios,salam*






2 comments:

♥cutebabygirl♥ said...

kete viva tu awk kate accident sikit sje, tp apsal depan kete tu cm trok je.remuk abes.huhuhu

cLiQue_kAziShA said...

@♥cutebabygirl♥ : hehe..tak teruk sebab tak da kecederaan yang teruk pun..hihi

nuff