COUNTER

free hit counter

FOLLOWERS

SPONSORED BY





Monday, July 19, 2010

Apehal Kau Amik Bilik Aku Weh ?

Assalamualaikum..
Aku dah ada kat Bandaraya Warisan Dunia dah ni..(poyo kan ayat nih)
Pagi tadi lepas siap kemas-kemas barang apa yang patut,terus gerak..
Ehh lupa pula,singgah dulu kat rumah nenek aku,jumpa nenek & saudara-mara kat sana..
Jumpa jugak si budak kecik yang sedang petah berkata-kata ni :


Macam biasa la dia,nampak je muka aku,dia terus terlompat-lompat,buat muka comel,(nasib baik memang comel),mata siap bersinar-sinar lagi..
Tapi perbuatan-perbuatan yang ada makna tu..
Lepas je bersalaman dengan aku,terus cakap "nak ngok UPIN IPIN" (ada pelat-pelat sikit la)
Hahaha..untuk maklumat lanjut,sila baca :  


Lepas tu aku ikut mereka ziarah kubur arwah atok..(al-fatihah)
Settle je semuanya,baru la gerak..
Ehh lupa lagi,singgah beli ubat aku dulu..Ubat pening-pening lalat yang aku ada cerita kat entry ini :  


Setelah melalui perjalanan yang pemandunya asyik bertukar-tukar,alhamdulillah sampai juga ke destinasi..
Masuk saja hostel,dah semangat nak bawak barang-barang naik bilik yang telah ditempah sebelum cuti,melihat keadaan luar bilik aku yang agak mencurigakan (hahaha),dengan kasut-kasut yang tersusun rapi,siap ada barang-barang mandi lagi tu,telah mematahkan semangat aku yang tadinya bekobar-kobar..huhu..
Aku sangat pasti ada orang lain yang dah buat bilik tu bilik persendirian..
Agak bengang di situ..Nak mengamuk tanya kat diorang,tapi ada rasa hormat pulak kat penghuni-penghuni tu..(haha dasar penakut !)


Dengan perasaan yang bercampur-baur (marah + sabar + tertanya-tanya + redha sajalah labu) , aku jumpa MPP kat bilik bawah..
Akak MPP tu buat muka kesian pulak dah..dia tempatkan aku kat bilik sementara..
Syukur sebab kawan satu kursus dengan aku (Fatin) yang senang dipanggil Kak Ros (aku tak tau pulak kenapa)
Agak selesa juga lah..kalau dengan orang yang aku tak kenal,confirm aku tak selesa punya..
Kak Ros telefon pakcik yang bertanggungjawab mencampakkan meletakkan pelajar-pelajar yang tinggal kat bilik aku tu..
Pakcik tu kata esok pagi dia settlekan semua..
Aku tak tahu kat bilik mana pulak aku akan diletakkan esok..
Harap-harap bilik yang selesa macam bilik dulu..
Yang aku peliknya,apa fungsi deposit yang pelajar-pelajar bayar sebelum cuti semester untuk tempah bilik tu ?
Aku beritahu kat budak bilik aku yang lagi seorang ni..marah betul dia..


Kenapa sesuka hati je bagi bilik tu dekat pelajar-pelajar lain ?
Nak mengadu kat Perdana Menteri Pengarah Urusan (Dato' Saroni) la camni..(cakap dengan nada takut-takut berani)
Owhh apa-apa je lah..
Nasib baiklah aku bukan jenis cepat marah..
Senang nak sejuk..rileks sudahlah..marah pun tak guna..
Tak ada apa-apa pun yang akan berubah..
Yang ada : penat memaki-hamun je..haha
Berdoa yang terbaik sajalah untuk esok..
Setakat ni je aku nak conteng-conteng..
Esok sambung lagi dengan cerita nasib aku..

Sekian,
*adios,wassalam*



8 comments:

AiZ said...

=__=" senang-senang je bilik jadi milik org lain.. =__=" aiyo.. takpe..be cool.. ^__^



Aiz latest entry
Aiz return.. haha.. memang takleh blah

ingin buat link seperti ini juga? Klik disini

Che Armster said...

sabar2.. nanti kalo report2 tiba diorg bagi bilik lecturer baru tau hehehe

shera said...

ekin..btol ke nihh..
abis tu. ekin ok x ni..
bdk bilik spe je dah blk...
ziah dah blk ke

kAziShA said...

@AiZ :


hehe..insyaAllah sentiasa cool ni :)

kAziShA said...

@Che Armster :


hahaha best gak la dpt bilik lecturer :P

kAziShA said...

@Shera :


Yup betul adek..
Just tak puas hati sikit je..
Tapi okey lagi la..
Bilik ni ekin dgn mied je dah sampai..
Maz,nas,ziah pun da sampai gak..

Mario said...

wah...main rebut2 bilek...hehe

kAziShA said...

@Mario :


haha..mane de rebut..
da dapat kat budak tu..
kami redha je la beramai-ramai..huhuhu

nuff