COUNTER

free hit counter

FOLLOWERS

SPONSORED BY





Tuesday, July 13, 2010

Keistimewaan Bulan Syaaban..

Assalamualaikum..Disebabkan hari ni dah masuk 1 Syaaban 1431,aku teringin nak kongsi sikit kelebihan & keistimewaan Bulan Syaaban...

BULAN SYAABAN

Syaaban adalah bulan Rasulullah saw.

1. Setiap amalam kebajikan akan digandakan oleh Allah dengan 700 kali ganda

2. Allah akan menurunkan rahmatNya serta memberikan pengampunan umum kepada hambanya.

3. Sesiapa yang berpuasa 3 hari di awal, pertengahan dan di akhirnya maka Allah akan menuliskan baginya pahala 70 orang nabi, pahala beribadat selama 70 tahun.

4. Kelebihan malam nisfu Syaaban pula ialah sesiapa yang mendirikan solat sunat sunat dan menghidupkan malam itu dengan banyak berdoa, berzikir, berselawat, bertasbih,
membaca al Quran dan sebagainya maka Allah akan membukakan untuknya 300 pintu rahmat disamping doanya tidak akan ditolak.

5. Orang-orang yang tidak diampunkan oleh Allah pada malam nisfu syaaban ialah mereka yang menyekutukan Allah dengan sesuatu, tukang sihir, tukang nujum, mereka yang
suka bermusuhan, peminum arak, penzina, pemakan riba, derhaka terhadap kedua ibu bapa, pembuat fitnah dan mereka yang memutuskan tali silaturrahim.






 

 AMALAN-AMALAN YANG DIGALAKKAN

Keistimewaan bulan ini bahawa amalan seluruh manusia diangkat untuk dihadapkan kepada Allah,maka sewajarnya sepanjang bulan ini diisikan dengan amal ibadah dan kebajikan. Antara amalan yang digalakkan pada bulan Sya‘ban adalah: 

1. Memperbanyakkan puasa sunat.
2. Bertaubat dan beristighfar.
3. Memperbanyak zikir dan berdoa.
4. Pada malam Nisfu Syaaban,apabila telah selesai sembahyang Maghrib, hendaklah baca surah Yasin dengan niatkan mohon panjangkan umur dalam mentaati Allah, kemudian dibaca doa-doanya. Kemudian dibacakan surah Yasin pula kali keduanya dengan diniatkan diluaskan Allah rezekinya yang halal dan diberkati-Nya, kemudian lalu dibacakan doa-doanya. Kemudian dibacakan surah Yasin untuk kali ketiga pula serta diniatkan minta ditetapkan iman dan mati dalam iman, kemudian dibacakan doa-doanya.


 Marilah kita berlumba-lumba mengejar pahala untuk dijadikan bekalan kita di akhirat nanti. 

sekian..
*Wassalam*


8 comments:

xazryx said...

insya-allah buat sume nih .hehe .

Eyl said...

syukran terima kasih entry ni. Menggalakkan kita beramal di bulan Syaaban sebelum dtg bulan ibadah Ramadhan :)

Sumijelly said...

x sabar menuggu kedatanga RAMADHAN selepas syaaban..huhuhu

Sumijelly.com

kAziShA said...

@xazryx : hihi..jom2 buat :)

kAziShA said...

@Eyl : sama-sama :)

kAziShA said...

@Sumijelly : hihi..saya juga..

A'wee said...

tak lupa juga,makin dekat kepada ramadhan makin ramai org islam akan meninggalkan kita...

kAziShA said...

@A'wee : Hmm betul jugak tu..

nuff