COUNTER

free hit counter

FOLLOWERS

SPONSORED BY





Tuesday, July 6, 2010

Nak Minta Royalti Kat Syarikat Cadbury Boleh Tak ?

salam..selamat hari selasa semua..hehehe..aku rase macam nak merepek sikit lah hari ni..pagi tadi lepas je solat subuh,aku terus bersemangat gila nak bukak Photoshop..aku nak cari kerja-kerja grafik yang aku pernah buat masa belajar semester lepas..kebanyakan artwork tu aku ada upload dekat facebook aku..pagi tadi baru aku perasan,aku ada buat satu billboard/iklan yang aku tak pernah upload lagi..aku bukan nak menunjuk ke hape ke oke,sila jangan salah faham..selain nak dijadikan kenang-kenangan,aku jugak nak mintak pendapat dari otai-otai grafik yang mana ada tersinggah ke kat blog aku yang tak ada apa-apa sangat ni..huhu..aku pernah mention pasal assignment ni kat entry aku yang ini Kenapa Buat Entry Pasal Crunchie ?. kalau tak percaya cuba la klik kat situ..

apa-apa hal kita tengok dulu apa arahan dari lecturer Tekno Grafik aku tu :

["pilih satu coklat yang berkenan di hati & sila trace (lukis semula) logo syarikat pengeluar coklat tersebut (menggunakan software Adobe Illustrator) Jangan  lupa untuk shoot GAMBAR ANDA SENDIRI sedang MENIKMATI KELAZATAN coklat tersebut . Akhir sekali sila hasilkan sebuah billboard/iklan tentang coklat yang telah anda pilih"]

aku pilih coklat yang sangat-sangat lah menarik perhatian aku..rasanya pun lain dari yang lain..tak payah la aku nak membebel panjang-panjang..ini lah hasil kerja aku yang serba kekurangan :


HAHAH tengok lah muka yang macam tak berapa nak ikhlas je menikmati coklat tu..owh,ada tersalah crop sikit kat bawah tu masa nak save format jpeg tadi..tempoh masa untuk siapkan billboard ni pun tak banyak..ini je lah yang mampu aku buat..lepas disemak,akhirnya aku mampu dapat 8/10 je..padan muka..ada siapa-siapa boleh bagi kritikan yang membina?

*adios,salam*


3 comments:

applesakura said...

chantek la nih...heeee
cume background hijau lumut tuh je, bikin sakit mata hehehhehee

tp yg paling mahal, talent comel kat kiri tuh lah!!! comel!!! membuatkan sayer mau makan ini coklat hehehe

cLiQue_kAziShA said...

@applesakura : tengs utk komen..yang talent comel tu,silap kot..mana ada comel..hihi..

hana nabihah said...

heheheh...model terulung gitu :))

nuff