COUNTER

free hit counter

FOLLOWERS

SPONSORED BY





Sunday, August 8, 2010

Aku Jadi Ceti & Kisah Assignment Fotografi..

Assalamualaikum..
Semalam aku pergi satu event anjuran jabatan course aku..Diploma Teknologi Multimedia..
Mula-mula ingat tak nak pergi..tapi disebabkan ada notis kat merata-rata tempat,aku & geng-geng aku pun merelakan diri je la untuk pergi sana..
Lepas dah siap-siap,nak kena tunggu bas pulak..lama jugak la nak tunggu bas tu sampai..
Event tu start pukul 3.30 petang,tapi kitorang semua sampai dalam pukul 4 lebih..
Sampai je kat sana,terkejut jugak sebab ramai orang yang datang..dari sem 1 sampai sem 6..
Masa tu event dah start pun..semua pandang kitorang kot..haishhh -.-"
Tiba-tiba encik Pengerusi Majlis kat depan tu sebut nama aku, "Asyikin Azmee sila bangun.."
Aku dengan muka yg tertanya-tanya,kena lah bangun & tunjukkan diri..
Mak aihh memang segan tak ingat la wehh ! 
Lepas dia nampak je muka aku,dia terus approve jadi Bendahari untuk kelab Jabatan aku tu..*hambek kau*
Sekali dapat jawatan Bendahari..aku dah la cuak nak pegang duit banyak-banyak ni..ishhh sabar je la..
Siap kena pekenalkan diri bagai..memang betul-betul menguji tahap "konfiden" aku la semalam..huhh..


hadoii kena kutip duit pulak lepas ni..


Hmm dah habis cerita semalam..nak cerita pasal hari ni pulak..
Pagi tadi member aku call..Banyak kali jugak la dia call..Semalam punya la semangat aku tunggu,dia tak call pun..Memang sengal lah dia..hehh..
Actually aku deal dengan dia,nak jumpa kat town Melaka,nak buat assignment untuk Fotografi..
Kitorang kena capture gambar yang bertemakan "Lines & Perspective"..
Nak try cari tempat yang sesuai la kat area-area sana..
Dengan semangatnya,kitorang yang perempuan ni bersiap-siap & bergerak ke sana..
Mula-mula jalan-jalan je dulu..sementara tunggu budak-budak lelaki tu sampai..
Lama jugak tunggu sampai lah member aku inform,jalan "jam" gila..ni mesti sebab ada JomHeboh dekat Melaka ni..lepas tu ditambah pulak dengan kereta dia yang tiba-tiba ada problem pulak tadi..
Aku dah runsing dah..Bukan apa,aku rasa bersalah pulak,sebab terasa macam menyusahkan diorang je..
Lepas tu aku tunggu je lah lagi,sampai la member aku tu call..
Dia kata dia dah terperangkap dalam "jam" teruk tu..Nak patah balik pun tak boleh..
So dia mintak maaf & dia kata lagi,dia nak amik kitorang pagi esok untuk settlekan assignment tu..
Entah lah..aku still lagi ada rasa macam makin menyusahkan dia..dah la hari ni dia terperangkap dalam "jam".
Kesian kesian..tapi aku dah deal lagi sekali untuk esok..
Harap-harap semua berjalan lancar la..

 traffic jam..hehh..


Haa masa aku sampai kat Melaka Sentral tadi,ada la sekumpulan tourist ni..
Aku ingat orang Malaysia..rupanya bukan..
Sebab masa aku lalu sebelah diorang,aku dengan muka blurr baru turun dari bas,terdengar macam ada orang tanya, "Would You Speak In Chinese?"
Aku boleh buat tak tahu je..bila aku fikir balik, dalam hati aku cakap, "Ehh,dia cakap dengan aku ke ni?"
Aku pun toleh la belakang balik..Dengan muka bersalah gila-gila,aku cakap, "Ouh,sorry,I can't."
Tourist-tourist tu pun angguk-anggukkan kepala..hahahah..nasib baik aku toleh belakang..kalau tak tadi,mesti tourist-tourist tu dah fikir bukan-bukan pasal rakyat Malaysia ni..huhu..


Huhh..dah lah kot..aku nak pergi buat assignment Senireka Pengiklanan ni..

*adios,wassalam*


1 comment:

Anonymous said...

Amiable dispatch and this post helped me alot in my college assignement. Say thank you you on your information.

nuff