COUNTER

free hit counter

FOLLOWERS

SPONSORED BY





Monday, August 16, 2010

Aku Putus Asa Lagi !

Assalamualaikum..
Setelah sekian lama aku tak update blog..aku memang ada macam-macam cerita yang tersembunyi dalam hati aku ni..Aku tak cerita kat siapa-siapa pun..Mungkin aku ni memang jenis yang macam tu..Suka simpan masalah dalam hati..AKu lebih selesa macam tu..Bila dah tak tahu nak berfikir dengan betul,aku akan mula fikir perkara-perkara yang tak sepatutnya difikirkan..Apa yang boleh aku katakan,aku kena mengaku yang aku ni memang seorang yang sangat mudah berputus asa dengan sesuatu yang aku tak dapat capai..SANGAT SANGAT mudah give up..semangat aku tak cukup kuat..bila ditimpa masalah,aku akan menangis..walaupun aku tahu airmata tu takkan dapat ubah apa-apa pun..Contohnya semalam,aku baru sampai dari kampung,kepala aku rasa berat sangat,aku makan panadol..batuk kering aku pun mula keluar..mungkin effect terkena air hujan 2 hari berturut-turut..Dalam keadaan otak aku yang sedang memikirkan macam-macam perkara,aku gagahkan diri jugak untuk cuba siapkan assignment untuk kelas hari ni..alhamdulillah semuanya berjalan lancar,cuma ada sedikit yang perlu aku perbetulkan berkenaan assignment Subjek Advertising Design..semalam aku memang terasa "down" gila lah..memang terlalu banyak masalah dalam otak aku..daripada masalah kecil hingga lah masalah yang aku rasakan berat sangat untuk aku tanggung..aku memang tak cukup kuat untuk semua ni..sampailah aku keluarkan status yang merepek kat fb semalam..tengok lah betapa serabutnya otak aku semalam..huhu..



Apa yang boleh aku cakap,terima kasih banyak-banyak untuk semua sahabat yang menyokong aku..ada lagi kata-kata semangat yang tak sempat diprintscreen kan..huhu
anda semua memang terbaik :)


Aku harap aku dapat hadapi masalah demi masalah yang datang dalam hidup aku..

hatisedangmenjeritjerit : Aku takut kalau ada orang yang tak puas hati dengan aku dalam sedar/tak..


Wassalam..

4 comments:

Hamli Sanai said...

Hidup jgn berputus asa, memang kadang2 byk bende yg rasa pahit, tapi kita tak tau apa yg ade masa depan. Mungkin Tuhan sengaja menguji kita untuk lebih tabah, mungkin ada yg lebih baik yg kita tak tau pun akan berlaku masa akan datang. Kalo kita tau, kita takkan rasa kemanisan yg Allah nk bg pada kita. Bersabarlah, dan byk2 berdoa ye~~

elmo blurb said...

beb kuatkan semangat ok!
jangan down sangat nanti ruining ur future life.
kita kena fikir kita hidup untuk apa.
dan dari situ motivasi kita tak langsung meningkat , ok?
chill keyh sis!

kAziShA said...

@Hamli Sanai :

terima kasih byk2..insyaAllah akan lebih tabah lepas ni :)

kAziShA said...

@Elmo blurb :

tengs sis..tengs banyak2 :D

nuff