COUNTER

free hit counter

FOLLOWERS

SPONSORED BY





Saturday, August 28, 2010

Kisah Hari Ini..

Assalamualaikum..

Jam dah menunjukkan pukul 4:16 pagi ni..
Dah macam rutin mingguan aku setiap hari sabtu pulak kan,tidur lepas Subuh..
Apa lagi yang aku nak buat kalau bukan merayau-rayau di alam maya sambil update blog yang makin lama makin suram pulak aku rasa..
Cerita aku untuk hari ni,,pergi kelas macam biasa..Lepas habis kelas,Syafiq (budak course aku) ajak kami semua pergi sesi fotografi sekejap kat perkarangan kolej..Mula-mula macam tak berapa bersemangat sebab tak ramai yang turut serta tadi..kurang komitmen lah diorang ni -.-"
Walau camne pun,aku & geng-geng aku join jugak sesi fotografi tu..
Dah siap tempah gambar,tinggal nak tunggu gambar tu siap je..
Harap-harap gambar tu terbaik lah hasilnya nanti..

Okey..habis sesi fotografi,,aku & roommate aku layan video kat fb jap..then masing-masing terlena..
Petang-petang sikit..aku & kawan-kawan gerak ke Melaka Sentral untuk usha tiket balik raya nanti..
Dapat dah tiket hari Rabu,8hb Sept..2 hari sebelum raya..
Harap-harap tak banyak assignment untuk hari raya nanti..
Lepas beli tiket,kami singgah kat bazar ramadhan untuk kali yang kedua..
Beli juadah berbuka & terus berbuka puasa kat sana..
Jalan-jalan pulak ke Jusco..nak cari bahan untuk buat assignment..
Alhamdulillah,dah jumpa..tak payah pening-pening kepala lagi nak fikir..
Pergi & balik jalan kaki..memang tersangatlah penat ! 

Acara tengah malam pulak,melepak bersama kawan-kawan kat hujung aras..sambil bergelak ketawa tak ingat dunia..Inilah akibatnya bila kami semua ditemukan..hahaha..
Agenda untuk hari esok pulak,nak proceed dengan assignment yang tertangguh..
Harap-harap dapat settlekan secepat mungkin..

 spongebob aku main webcam..hehe


Sampai sini je kot..
Till then,
*adios,salam*


No comments:

nuff