COUNTER

free hit counter

FOLLOWERS

SPONSORED BY





Sunday, August 29, 2010

Saya Rasa Saya Minat Beliau..

Assalamualaikum..
Hari ni nak cerita pasal salah sorang Personaliti tv3 yang aku minat..
Beliau merupakan salah seorang pembaca berita kat tv3 tu..
Aku pun tak tahu kenapa aku minat tengok beliau ni baca berita..
Biasanya bukak tv3 sebab nak tgk beliau je..wakakaka.. (ambil kesempatan)
Tadi masa aku tengah tak ada kerja nak buat,aku search la maklumat-maklumat yang ada pasal beliau ni..
Ternyata beliau ni memang seorang yang sangat low profile..
Aku terjumpa satu je cerita pasal beliau kat paper Kosmo dalam ruangan Stailo..

Sedikit petikan dari Kosmo Online :
JEJAKA berstatus bujang ini mendakwa tidak berasa tertekan dengan topik sasaran mendirikan berumah tangga. Sebaliknya, buat masa ini dia lebih banyak memikirkan tentang kualiti waktunya di tempat kerja dan diri sendiri.Bagi beliau,hidupnya perlu dinikmati tanpa perlu terlalu terikat dengan sesuatu perkara. Namun, melihatkan jadual hariannya, beliau sebenarnya 'terikat' dengan komitmen di belakang tabir glamor dunia penyiaran.
Sebagai penyampai berita TV3 dan juga menyandang jawatan Penerbit Berita dan Penolong Penerbit Luar Negara di stesen penyiaran itu, beliau tidak menafikan bahawa antara perkara utama yang perlu diberi perhatian adalah soal penampilan diri.Konsep penampilan yang dimaksudkan itu menyeluruh, daripada soal imej dan kesihatan hinggalah kepada pembentukan personaliti serta pembawaan diri.Maka, lelaki berbintang Virgo itu tidak sesekali lupa untuk mengamalkan gaya hidup sihat memandangkan dunia kerjaya menuntut empunya diri untuk sentiasa tampil sesempurna mungkin.

"Bagi mencari keseimbangan dan menjana tenaga dan kesihatan, amalan yang saya praktikkan adalah dengan mendekatkan diri dengan alam semula jadi," katanya ramah.
Cara paling mudah dan berkesan untuk menghilangkan tekanan di tempat kerja, menurut beliau, adalah dengan menjadikan alam hijau sebagai teman.

"Masa menyekat saya untuk bergiat aktif ke hutan rimba yang menarik di negara ini. Jadi disebabkan itu pilihan saya terhad dengan lokasi di sekeliling sahaja," katanya yang bercita-cita untuk meneroka alam hijau Taman Negara.
Terangnya lagi, aktiviti masuk hutan sudah diterima ramai sejak kebelakangan ini dan ia bukan sahaja tertumpu kepada golongan tertentu. Malah, aktiviti itu tidak memerlukan perbelanjaan besar untuk barangan persediaan.
"Mungkin belanja yang dikeluarkan itu tertumpu kepada pilihan kasut yang sesuai dan bermutu tinggi. Oleh kerana trek dalam hutan mempunyai permukaan yang pelbagai, kasut yang baik boleh mengelakkan kecederaan," terangnya seumpama seorang jurulatih sukan lasak.
Tambahnya, aktiviti merentas hutan boleh menyedarkan seseorang tentang tanggungjawab memelihara alam semula jadi. "Sikap seseorang boleh berubah menjadi lebih peka tentang isu hijau dan pencemaran," kata beliau.

 tadaaaa!!
Beliau yang dimaksudkan adalah Incik Yasir Mansor  :)

Kawan-kawan aku kata,muka beliau ni ada macam AC Mizal sikit..
Aku tak perasan pulak sebelum ni..Mungkin mata beliau ni je kot yang sama dengan AC..
Daripada keratan Kosmo ni,aku dapat tahu yang beliau ni salah seorang yang sangat menghargai alam sekitar.. 
*gud2 :)
Apa-apa pun harap beliau ni sentiasa berjaya dengan cemerlang dalam bidang yang beliau sedang ceburi sekarang ni..

2 comments:

shaa bonitaa said...

ensem..terbaek! heee~

kAziShA said...

@shaa bonita : hehe terbaekk :D

nuff