COUNTER

free hit counter

FOLLOWERS

SPONSORED BY





Sunday, August 22, 2010

Without Friends,,I'm Nothing..

Assalamualaikum..
Wahh jam sekarang dah masuk pukul 4 pagi ni..
Aku sorang je yang tak tidur lagi..Mied n Miera da selamat masuk alam mimpi dah tu..Buat masa sekarang ni aku masih belum rasa mengantuk lagi..
Rasa macam nak tunggu Subuh terus lah..
Esok kan cuti ? s0,,faham-faham je lah budak-budak yang duduk kat hostel ni macam mana kan ? HEHE :D
Okey lah..ada macam-macam perkara yang terlintas kat fikiran aku sekarang ni..
Tapi rasanya tak perlu lah kot nak cerita semuanya kat dalam ni..Takut orang cakap aku ni "show off" ke,"menggelabah" ke,hape ke nanti..Biarlah tersimpan kemas kat dalam hati aku ni..Aku & Allah saja yang tahu..
Apa yang aku boleh katakan,aku masih dalam proses untuk memperkuatkan hati & fikiran aku sekarang ni..
Semoga segala-galanya dipermudahkan olehNya..

Haa,aku sangat-sangat bersyukur & terharu dengan sokongan & kata-kata semngat dari rakan-rakan aku terutamanya blogger-blogger yang tak putus-putus bagi aku semangat..TERIMA KASIH SEMUA :)

Alhamdulillah..dengan izin-Nya,semakin hari,aku semakin kuat untuk setiap dugaan yang datang kepada aku..
Special credit untuk kawan-kawan (yang betul-betul bergelar SAHABAT di kala susah & senang) sebab sudi melayan kerenah & perangai aku yang tak berapa nak matang,suka fikir negatif & cepat berputus asa ni..

 maz,nas n mied..

aziah n nana..

fatin @ kak ros

miera

zakwan


mereka


mereka juga

["*kawan-kawan semua,aku nak korang tahu,aku semakin kuat sebab sokongan dari korang semua..semoga Allah panjangkan persahabatan yang suci ini hingga lah ke hujung nyawa kami..dan semoga Allah sentiasa memberkati hidup & mempermudahkan segala urusan kalian.. AMIN..*"]

(kalau nak cakap "face to face" dengan diorang,aku tak berani kot..Segan pulak..baik aku gunakan sebaik-baiknya medium elektronik yang tersedia kat depan mata ni..Hihikkk)


Baiklah,kita ke cerita yang seterusnya..
Hahah dah macam rancangan TV pulak aku rasa..
Aku nak ceritakan aktiviti aku & kawan-kawan aku untuk hari ni..
Tadi lepas kami semua siapkan assignment untuk Subjek English For Bussiness Communication,kami semua bersiap-siap untuk pergi ke Bazaar Ramadhan kat sini..Untuk pengetahuan semua,ini lah kali pertama kami menjejakkan kaki ke sana..Keadaan kat sana teramatlah sesak..Orang memang ramai sangat -.-"
Aku sampai jadi sesak nafas kat dalam bazaar tu..Haa itu adalah salah satu kelemahan diri aku..Aku tak boleh hadapi situasi yang terlalu crowded macam tu..Sebab tu lah aku jarang nak ikut kalau family aku ajak aku pergi kenduri kahwin ke,hape ke -.-"(kepada Abah,emak..Ikin bukan sengaja taknak ikut tau selalunya..hihihi)

Kawan-kawan pun perasan perubahan ketara kat muka aku tadi..Pucat kot..Syukur lah tak jadi apa-apa..Ye lah..biasanya aku kena makan ubat PYRIDOXINE HYDROCHLORIDE yang aku patut makan macam selalu tu..nak buat macam mana kan..tengah puasa..
Lepas keluar dari kesesakan tu,aku kembali normal..huhu..tak ada masalah besar pun..
Kat sana,kami beli nasi tomato,air tebu,ayam percik..wahh tengok lah..last-last makan tak habis pun..agak membazir di situ..tapi kami bawak balik makan kat hostel..orang kata,kalau pergi bazaar,kita kena tahan dugaan nafsu..nampaknya kami dah tersasar dengan tidak sengaja sekejap tadi..heh..
Lepas settle semua,kami singgah kat Tesco pulak..
teman Aziah nak pergi beli baju raya..
Beli baju yang agak gorgeous jugak lah dekat First Lady..
Memang nampak macam bersemangat gila lah nak beraya..hehee..

 okey..ni Aziah..dalam proses fitting baju..


 kami berposing sakan sementara tunggu aziah fitting baju..hehe..


Lepas beli baju yang berkenan di hati,kami masuk pulak kat bahagian barang-barang dapur kat Tesco tu..
Beli apa-apa yang patut..Bila nak balik hostel,rasa macam penat pulak nak menapak..
Kami minta bantuan pakcik yang menjaga kebajikan kami kat hostel ni,Pakcik Masri yang sangat baik hati..
TERIMA KASIH PAKCIK MASRI..

Sampai sini dulu lah kot aku membebel untuk hari ni..
Ehh baru pukul 4.41 lah..
Lepas ni aku nak blogwalking je kot sampai Subuh..
Ye lah..kalau nak sahur,tak tahu pulak nak makan apa..minum air masak je kot..hehh..

*adios,wassalam*


3 comments:

Car mild said...

mampir ke blog sahabat...

keren

hamidah sholihin said...

cayok2 kawan..

ML said...

betul tu saya setuju...kawan kawan pengganti keluarga kalau kite di hostel... mereka sangat memahami :)

nuff