COUNTER

free hit counter

FOLLOWERS

SPONSORED BY





Friday, October 15, 2010

Selesai Sudah Majlis Anjuran Kami !

Assalamualaikum..
Kembali meng'update' di halaman blog yang sudah bersawang ni..
Wahh aku masih kepenatan sebenarnya ni..
Aku baru je habis Jamuan Pasca-Raya Diploma Teknologi Multimedia 2010..






Seronok! Akhirnya berjaya jugak kami jalankan event ni,itu pun selepas kami terpaksa tangguhkan sebanyak 3 kali sebelu ni  -.-" Alhamdulillah bersyukur sangat tadi..Semua tetamu especially budak-budak sem aku nampak enjoy sangat dengan jamuan tadi,walaupun aku & kawan-kawan aku baru pertama kali berpengalaman menjalankan event besar macam ni..AJK-AJK semua memang sibuk sangat sejak beberapa minggu yang lepas..Aku ditugaskan untuk mengutip duit jamuan diorang..Dah nama pun Bendahari..Ini memang kali pertama aku dilantik jadi Bendahari okey..Takut jugak aku nak pegang duit banyak-banyak..Awal-awal dulu,memang ada sedikit tekanan dalam tugasan ni,sebab ada jugak la di kalangan kawan-kawan aku ni yang tak nak join event ni..Sedih jugak la,tapi laama-kelamaan,diorang semua join jugak..Bukannya apa,event macam ni bukannya selalu berlaku dalam setahun..Sudah lah kami ni memang jarang buat aktiviti bersama-sama..Senior & junior pun tak berapa kenal lagi..Ini saja lah peluang kami mengeratkan silaturrahim..







Bermula minggu lepas,kami selalu mengadakan mesyuarat AJK untuk memastikan segala-galanya berjalan lancar..Semua yang kami rancang,kami akan pastikan ianya berjaya, tapi ada jugak macam-macam cerita yang kurang enak didengar sepanjang mengatur rancangan..Masalah yang paling meninggalkan kesan adalah masalah yang berlaku petang tadi, semasa kitorang semua setting segala-gala persiapan terakhir..Kitorang tiba-tiba ada masalah dengan PA system, LCD & Microphone..Semua AJK termasuk lecturer yang handle kami gelabah sangat sampai rasa macam nak batalkan je di saat-saat akhir event yang kami buat ni..Lecturer mula menunjukkan riak muka kerisauan,dan itu lah yang membuatkan kami lebih rasa bersalah..Tapi atas bantuan & sokongan Dekan kami, Encik Taufik, kami berjaya dapatkan segala peralatan..Selain tu, kami jugak dapat pengajaran & pengalaman yang paling penting dalam menguruskan sesuatu event..InsyaAllah kami akan lebih alert dengan segala perancangan yang kami buat :)



Alhamdulillah,segala aktiviti berjalan lancar..Pengacara Majlis yang dipilih pun dapat menyesuaikan diri dengan tugas diorang atas pentas tadi..TAHNIAH MIED N AJI ! korang memang sempoi, walaupun kami tahu ini merupakan kali pertama korang handle event besar..


Bahagian makanan tadi diuruskan oleh kawan-kawan aku juga, NAS-NANA-KAK ROS-MAZ-MIERA.. 




Tak lupa juga bahagian hadiah diuruskan oleh AISHAH-ADEK-ZURA-AMOY n the gang.. 







Yang paling banyak bertungkus-lumus sejak awal lagi, aku rasa AJK-AJK penting dari sem 1, 2, 3..Komitmen yang diorang bagi memang tip top la..Seronok dapat junior n kawan-kawan macam korang :)

MUDDASIR-EXOR-AKMAL-POOH-AISHAH-TAK INGAT NAMA (sem 1)..
LAin kali insyaAllah boleh bekerjasama lagi okey.. 






Untuk kawan-kawan yang menyokong & memeriahkan event ni jugak, TE RI MA KASIH banyak-banyak ye :)




Sudahlah tu..tak mahu cakap banyak lagi..jom tengok gambar-gambar yang ada dalam simpanan kitorang =)






*adios,wassalam*

1 comment:

SweetyMui2 said...

suka tengok gambar banyak! hehehe

nuff