COUNTER

free hit counter

FOLLOWERS

SPONSORED BY





Sunday, October 24, 2010

Tolong Selesaikan Masalah Saya ;(

Assalamualaikum..
Salam sejahtera untuk semua..
Sudah 3 hari aku simpan sahaja cerita ini..
Aku tak tau lah macam mana nak mulakan cerita ini..
Sesuatu yang sangat "Misteri" telah berlaku dalam hidup aku..
Misteri yang sangat sukar untuk aku & kawan-kawan yang lain selesaikan..
Aku masih tak faham sebenarnya, apa yang dah jadi dalam hidup aku ni..
Aku nak cerita kat sini pun rasa serba salah jugak, sebab aku pun tak tahu macam mana nak mulakan..
Takut readers tak faham apa yang aku nak cerita..

Baiklah, aku nak cuba mulakan cerita..
Semoga aku dapat sampaikan dengan sempurna..

Cerita ni berlaku pada hari Khamis, 21 Oktober 2010 (hari cuti bagi seluruh rakyat Melaka).
Aku & kawan-kawan aku yang lain (Mied, Nas, Maz, Kak Ros, Miera, Zakwan, Aliff & Hafiz) Semuanya bersedia nak pergi shoot gambar untuk Final Presentation subjek Photography..
Lecturer kami agak strict dalam pemilihan gambar-gambar ni, disebabkan itulah kami terpaksa shoot banyak-banyak gambar untuk dijadikan spare-part, sebab takut direject..
Lagipun masa yang tinggal pun dah tak banyak..
Kami bertolak seawal jam 7.00 pagi ke sana, dan tempat pertama yang kami singgah adalah kawasan Jonker Walk di bandar..
Kami shoot seberapa banyak gambar yang kami rasakan sesuai di sana..

Lepas itu, kami bersarapan dulu..
Kami terus menuju ke A'Famosa, tempat yang paling popular di Melaka ni..
Seperti yang semua orang tahu, kat situ memang banyak bangunan & tinggalan sejarah yang unik..


Kawan-kawan aku ajak aku naik ke kawasan yang paling tinggi di sana..
Guess what? sebelum naik, aku memang ada rasa tak sedap hati..
Sebelum ni biasa je, tak pernah pulak rasa tak sedap sebelum naik atas tu..
Tapi nak buat macam mana, aku abaikan je lah perasaan tu, mungkin aku je yang fikir bukan-bukan..
Sampai je kat atas tu, kami mulakan sesi shoot gambar..Dimulakan dengan gambar pelancong-pelancong, kemudian beralih ke gambar bangunan yang tersergam indah kat atas tu..
Tak lama selepas itu, aku tengok kawan-kawan aku dah mula duduk kepenatan..
Aku masih di suatu kawasan yang terletak di bahagian hujung bukit tu..
Aku pandang permandangan kat bawah, tiba-tiba aku ternampak 2 ekor burung sedang berjalan-jalan di atas rumput..
Aku dengan penuh minat, terus menuju ke arah burung tersebut..
Mula-mula risau juga kalau burung tu terbang jauh, tapi aku tengok burung tu macam tak nak terbang je..
Aku siap boleh tukar-tukar lens micro lagi.. (aku ambil masa yang agak lama untuk tukar lens tu)
Aku mulakan shoot, aku ikut saja burung tu ke mana ia pergi..
Burung tu berjalan2 sekitar kawansan tu je, sambil cerai-cari makanan kat dalam rumput..
Burung tu tak pergi jauh pun..Banyak gambar yang aku dapat, ada dalam 20 keping kot..
Kenapa ye burung tu tak terbang-terbang? Memang macam tu ke?
Aku berhenti shoot pun, sebab aku sendiri yang rasa letih mengejar burung-burung tu..
Lepas tu aku dah tak pandang dah burung tu..



Hmm mesti anda-anda semua belum faham apa yang aku cuba nak sampaikan..
Huhuhu..takpe2, aku cuba teruskan lagi cerita ni..

Okey seterusnya, aku & kawan-kawan bergambar bersama-sama kat atas tu..


Tak lama selepas tu, aku ternampak seorang pakcik tua berbangsa Cina, yang berumur dalam lingkungan 60 hingga 70-an sedang makan satu rumput..(rumput wehh!! ada ke orang makan rumput?!!)


Dia pandang ke arah aku, sambil mengeluh kepenatan (sebab naik tangga tinggi sangat).
Dia macam bercakap sorang-sorang, lepas tu dia kata ; "Saya sudah tinggal kat atas ni 36 tahun"
Tiba-tiba dia datang dekat dengan aku, dia keluarkan satu teka-teki..

Macam ni teka-tekinya ;

Ada 3 ekor burung..Seekor mati kena tembak dengan pemburu,
Seekor lari , seekor lagi tinggal di disitu..
Kenapa seekor burung tu lari & seekor lagi tinggal di situ?

Dia cakap, kalau jawapan aku betul, dia akan bagi sesuatu barang yang ada dalam beg yang sedang dibawanya..
Kawan-kawan aku tanya soalan kat dia, dia boleh buat tak tau je..Dia tak layan langsung..
Dia pandang tepat kat muka aku..Macam mengharap sangat aku jawab soalan dia..
Pakcik tu pesan, datang bagi jawapan kat dia.. Dia tunggu aku kat bawah pokok tu..(tempat aku snap gambar burung tu tadi)
Aku bincang dengan kawan-kawan aku, semua buntu tak dapat cari jawapan..
Aku ingat nak turun je la,,malas nak jawab..tiba-tiba pakcik tu macam tak puas hati je..
Dia naik balik, tanya jawapan kat aku..
Aku jawab tak tahu, then pakcik tu bagi jawapan..

Lepas tu pakcik tu tunjuk kat arah aku, dia tanya ; "Awak dari Perak kan?"
Dalam hati aku, "Ehh sudahhh..pakcik ni biar betul..mana pulak dia tau ni.."
Aku ingat dia teka-teka je..Lepas tu dia kata adik-beradik aku ada 3 lelaki & 3 perempuan..
Subhanallah! Tepat ! Memang terkejut jugak aku masa tu..
Akhir sekali pakcik tu berdiri depan aku, dia keluarkan duit syiling, dia buat magik yang suruh teka dia sorok duit syiling kat tangan sebelah mana..
Kali pertama aku terkena dengan dia sebab aku salah teka..
Tiba-tiba kawan aku, Zakwan datang ke arah kami..
Pakcik tu buat magik tu lagi sekali..
Kali ni kawan aku teka salah, aku teka betul..
Sebab aku pilih yang berlawanan dengan apa yang aku nampak..
Dan penutupnya, pakcik tu hilangkan terus duit syiling tu dari tangan dia..
Aku nampak dengan jelas, dia baru je tutup tangan dia, syiling tu terus hilang..
Ini bukan sama kes dengan magik-magik yang aku biasa tengok sebelum ni..
Kalau yang biasa tu, aku akan nampak laa trick yang diorang guna..

Okey fine, aku anggap pakcik tu macam magician biasa je..
Then kami semua pun turun je lah dari kawasan tu..
Kat bawah tu, masa kami menuju ke arah Dataran Pahlawan, aku dan beberapa orang kawan aku terdengar ada suara panggil nama aku..(suara perempuan!)
Aku toleh la belakang..Sebab aku dengar jelas nama aku dipanggil..
2 orang kawan aku yang lain pun terdengar jugak..Masa tu agak cuak jugak lah aku..
Terfikir-fikir jugak, tapi kami teruskan je aktiviti snap snap gambar..
Kadang-kadang kami ada jugak berbincang dengan kawan-kawan aku pasal misteri pakcik tu..
Satu-satu persoalan kami terjawab, sebab semuanya bersangkut-paut..

Mula-mula aku terfikir pasal soalan teka-teki dia tu..

1) Kenapa soalan tu mesti pasal burung? Ada kaitan dengan burung yang aku kejar untuk snap gambar tu ke?
Setahu aku, aku seorang je yang ikut jejak burung tu untuk snap gambar..
2) Lagi satu, kenapa mesti dia mintak jawapan kat aku sorang je?
Padahal kawan-kawan aku semua ada kat sekeliling aku masa tu..
3) Kenapa dia langsung tak layan soalan dari kawan-kawan aku?
4) Kenapa dia nak bagitahu yang dia dah 36 tahun tinggal /jaga kat kawasan tu?
Dah banyak kali aku naik atas tu, takkan lah aku langsung tak pernah nampak dia sebelum ni?
5) Kenapa dia bercakap sorang-sorang sambil makan rumput tu?
6) Dan kenapa pulak dia boleh tahu latar belakang hidup aku sorang je?
7) Kenapa bukan kawan-kawan aku yang lain?
8) Suara apa pulak yang sebut-sebut nama aku dengan jelas & nyata kat bawah tu?
Kalau mainan perasaan aku, tak mungkin lah kawan-kawan aku pun boleh dengar jugak..
9) Mungkin ke aku tak sengaja dah ganggu "tempat" "dia"?
10) Siapa pakcik tu sebenarnya??

Serius, aku dah jadi lain sangat lepas peristiwa ni berlaku..
Balik je dari situ, aku jadi tak tenteram..Macam-macam yang aku fikirkan..
Kawan-kawan aku pun risau dengan keadaan aku..
Mindset aku dah mula bertukar..Sebelum ni aku tak pernah rasa macam ni..
Aku tak pernah dapat gangguan yang macam ni..
Ni aku menaip ni pun, bulu roma meremang lain macam je ni  =.="



Kenapa pakcik tu Misteri sangat???
Ada siapa-siapa boleh selesaikan segala pertanyaan yang tak henti-henti bermain dalam fikiran aku ni tak??


adios, wassalam

37 comments:

azhar said...

menarik nie,seram pun ada,mungkin tuhan nak anugerahkan sesuatu pd awak,carik jer jawapan jumpa mereka yg berpengalaman dlm hal2 mistik....jangan biarkan hidup anda dibelenggu misteriiii.....salam ziarah dari Azhar....

kAziShA said...

@Azhar :

Terima kasih ye.. ;(

ezlyn khalid (: said...

perrrhhh , gila lahhh . makan rumput ? haha . mcm mane lahh dia tau latar belakang akak kan ? haihh , pelik betul lahh . haha . jangan difikir fikir kan sangat . jangan fkir negatif . positif sentiasa ((:

kAziShA said...

@ezlynn khalid :


Thanx..hurmm akak pun tgh confius gak ni..mash tertanya-tanya..
Harap2 takde apa2 yang memudaratkan lah =.="

ezzyra said...

wow...misteri ni...btol ckp saudara azhar 2...

Farhah Zaidah said...

emm..sy yang membaca nih pun rasa meremang bulu roma..kuat betul aura...huuuu...

kAziShA said...

@ezzyra :

Yup, insyaAllah saya akan bertanya pada yg berpengalaman..

kAziShA said...

@Farhah Ziadah :


Wahh ! sangat kuat ! =.="

DzulChronicles said...

buat solat sunat istikharah,minta pada Allah, beri ptunjuk dan penyelasaian, Insya Allah kalau dapat

nur said...

banyak2 doa supaya ditenteramkan jiwa..
seram jugak cerita ni
ALL IN ONE

Skype Crew said...

pakcik tu burung td kot..try tgk gmbt yg kazisha snap dgn pakcik tu, ade prsamaan tak?

cbe renung kt mata burung tu...

Raybond said...

huhu.. menarik..
pak cik tu jelmaan burung 2 kot? hehe..

kAziShA said...

@DzulChronicles :

InsyaAllah saya akan buat solat istikharah nnti..Terima kasih..

kAziShA said...

@nur :

Yup,.saya akan sentiasa berdoa supaya dijauhkan dari apa2 malapetaka..

kAziShA said...

@Skype Crew:

Wah ! Tak terfikir pulak nak tengok dalam mata pakcik tu..
Terima kasih ye..

kAziShA said...

@Raybond :

Wallahualam..Saya pun terfikir macam tu jugak..Harap-harap bukan la..

bloggerman said...

you ar the chosen one.tapi kemungkinan gangguan syaitan.bykkanlah berdoa dan sembahyang .mintak petunjuk dari allah.semayang diwaktu sunyi.insyaallah anda akan dpt petunjuk.dan lagi satu..pulang benda yg anda ambil dari kawasan ituuu

kAziShA said...

@bloggerman :

Hurmm terima kasih..tapi seingat saya, saya tak ada amik apa2 barang dari situ..

miya said...

kadang2 memang ada kejadian misteri disekeliling kita..

AROL DSHW said...

ish! memang pelik lah. arol pun pernah jugak pergi situ banyak kali, tapi tak pernah pulak jumpa pakcik tue. dan harap takkan jumpalah. hehe. mungkin ada hikmahnya kot. hurm. =.='

kAziShA said...

@miya :

memang sangat misteri betul kejadian kali ni =.="

kAziShA said...

@AROL DSHW :

Memang tak pernah nampak pun..pelik sangat..harap2 takda apa2 lah kan..

Dakjaat said...

sesuatu yang tidak perlu difikirkan sangat.. melaka, apa2 saja boleh terjadi... maksudnya, people live to trick other ppl.

kAziShA said...

@Dakjaat :

Hurmm saya memang sedang dlm proses utk tak terlalu fikirkan..thanx yup..

cik ewun said...

adess saya meremang bace sorg2 mlm2..haihhhh :DD

kAziShA said...

@cik ewun :

mmg ramai yg meremang baca kisah ni =.="

AdiaLuze said...

Wow!! Misterinye..

Mungkin ada benda kot yg pakcik tu nak smpaikan kat kazisha....Tapi sbb awak tak dapat jawab soalan dia pasl burung tu, jd xjadi la dia bg..heh...

Seram plak bila sy pk2..

Apa2pun, cubala awak bawak berubat kat pusat perubatan Islam...Takut ada apa2 'ikut' awak je tuh...

kAziShA said...

@AdiaLuze :

Hurmm itu la saya takut tu..takut kalau ada apa2 yang "ikut" saya balik..Terima kasih ye, nanti saya nak tanya kat parents saya dulu..

syamsid dhuha said...

kalo jd camni renung kan la sbb tuhan bg kite jalan , cume nak usahe jerk . pham2 je le . bnde ghaib mne2 pon ade . de jahat ade baik . ade yg merase , ade yg x penah merase , anggap tu tnda pengajaran . haha . n said this always (alhamdullilah) :D

Afiq Bukhari said...

erkk xreti sangat kalau nk solve benda2 camni..maybe ade petanda lain kot :) hopefully yg menggembirakan :)

atie aizam said...

banyakkan mengaji yer dik.. amalkan doa2 tertentu dan mohon Allah lindungi kita dari benda2 yang tak baek.. Insyallah

tiefazatie said...

isk2..cuak lak baca tgh2mlm nie..erm..nak cakap pun xtau..pe kata awk sentiasa solat..baca alquran...tanye la pada yg berpengalaman..mana tau..ada benda yg tak sengaja ke..kan2..kte xtau..kte hanya manusia biasa kan..

miss chekleen said...

salam perkenalan..
hmm jopan teka teki pakcik tu asenya sebab burung tu patah kaki,dats y dia takleh terbang.

jopan untuk anda pula::
biarkan saja menda ni berlalu...papepun tak perlu terlalu memikirkan sesuatu yg tidak tercapai akal kita... :)

btw,rentetan perjalan yg anda tulis semua menarik dan menyeluruh..good!

Yanie J said...

erm...yanie nah gak mai c2 tade lak jmpe pkcik tu.
td bc pn seram je..bulu rome bdiri huhu

diana said...

hati2..
janagn sampai kamu berpikir perkara2 yang boleh menyesatkan kamu..
tak mustahil itu permainan syaitan..
tugas dia memang untuk menyesatkan kita..
apa pun berdoa pada tuhan agar di beri petunjuk..

sebelas said...

huish...misteri nie :D

kAziShA said...

@sebelas : sangat ! huhu

nuff