COUNTER

free hit counter

FOLLOWERS

SPONSORED BY





Saturday, November 6, 2010

Aku Tak Boleh Patah Semangat !

Assalamualaikum..


Aku tak tahu nak cerita apa ni sebenarnya..Tiba-tiba rasa macam nak update..
Aku sekarang berada di rumah tersayang yang terletak di Perak negeri yang gemilang..HAHA memang sangat tak boleh blah ayat aku tu !
Sebenarnya aku tengah buat assignment untuk subjek Web Publishing..
Agak pusing-pusing jugak la kepala aku nak settlekan semua ni..
Banyak lagi assignment yang aku nak kena fikir..
Minggu depan patutnya dah start study week, tapi ada satu kelas lagi yang on seperti biasa, kelas Advertising Design..Yang ni lagi satu buat aku runsing..Aku risau kalau-kalau tak dapat nak go through semua subjek sebelum aku final nanti..Semoga semuanya berjalan dengan lancar,and aku nak up lagi pointer aku untuk sem ni..Amin..

Untuk peristiwa-peristiwa yang aku pernah ceritakan sebelum ni, terutamanya dalam entry  TOLONG SELESAIKAN MASALAH SAYA yang dapat banyak feedback dari blogger-blogger yang prihatin, aku bersyukur sebab tak ada apa-apa yang berlaku kat aku dan kawan-kawan yang lain..
Memang aku sangat-sangat takut dengan segala kemungkinan yang terjadi , kalaulah betul apa yang dinasihatkan oleh readers tersebut..bagi aku, itu mungkin hanya gangguan dari syaitan je..Tak ada apa-apa yang serius..Mungkin Allah sengaja nak uji kekuatan iman aku..Alhamdulillah aku boleh tanganinya dengan bantuan dan nasihat dari kawan-kawan yang sangat supportive..Aku memang tak patut berfikir perkara yang bukan-bukan, yang perlu aku fikirkan cuma, ALLAH ITU MAHA KUASA..Tak lupa jugak untuk masalah yang aku ceritakan dalam entry KENAPA , aku maksudkan aku rasa down sebab tertekan dengan final project..Tak semua gambar-gambar yang aku snap diterima oleh lecturer untuk final nanti..Sebab tu aku rasa tak tenteram dan tak tenang langsung..Kawan-kawan yang lain semua macam tak ada masalah sangat..Aku terasa macam aku yang paling teruk dalam subjek ni..Mungkin betul jugak kot..Aku sampai terfikir nak repeat je subjek tu..huwaaaaa ;(

"Allah takkan turunkan ujian kepada hambaNya melainkan yang benar-benar boleh menangani ujian-ujian tersebut dengan berhemah dan bijaksana"
Dengan berpandukan ayat di atas ni,yang pernah diucapkan oleh seorang kawan yang sangat aku sayang, aku harap aku dapat tempuhi dugaan-dugaan ini dengan lebih kuat pada masa yang akan datang..Aku tak perlulah rasa DOWN sangat, sampai satu tahap tu, kadang-kadang aku marah diri aku sendiri sebab terlampau lemah untuk terima kenyataan..Aku patut sedar yang aku ni bukannya lemah dan tak mampu bangun semula untuk terus berusaha..Apa yang ada dalam kepala otak aku ni,sekali aku terjatuh, macam dah tak ada peluang lain je untuk usaha sampai berjaya..Inilah salah satu kelemahan diri aku yang aku sendiri susah nak faham..Kawan-kawan aku lah tempat aku mengadu..Syukur sebab aku ditemukan dengan orang-orang yang sangat memahami dan suka memberi nasihat..Tapi ak jugak kena ingat, yang dengan nasihat je pun, aku tak mungkin boleh berjaya tanpa usaha aku sendiri..
Ehh apa ni membebel banyak sangat ni =.="
HAHA inilah idea yang tengah berterbangan kat kepala aku ni, tinggal nak "grab" je idea-idea tu untuk dijadikan entry merepek aku kali ni..wakakaka..
Okeylah..nak sambung buat website ni..
Sorry laa entry agak bosan kali ni..hehe







*adios,wassalam*



3 comments:

Nur Areefah said...

be strong ok! ^_^'
baguslah ada kawan-kawan yang sungguh supportive..gunakan mereka dengan sebaiknya utk share segala masalah :)

latest : nama pun perempuan

SyerAgh said...

teringin nak belajar buat website gak

Wahida Nasution Thakhrim said...

itu perlunya kawan2.. boleh kongsi suka duka sama2..

nuff