COUNTER

free hit counter

FOLLOWERS

SPONSORED BY





Tuesday, November 16, 2010

Birthday Dia Laa..

Assalamualaikum..
16/11/2010 

Hari ni merupakan hari lahir adik aku, Ain..
Dia ni budak yang paling NAKAL dalam family aku..
Haishh asal jumpa aku je, ada je yang nak diperdebatkan..
Dia memang suka cari pasal dengan aku.. SANGAT suka..
Mak aku selalu cakap macam ni ; 
"Korang ni asal jumpa je,bergaduh..Tak boleh bertemu langsung.." 
Sampai aku dah boleh hafal dah ayat-ayat mak aku bila kitorang buat hal..hehe..
Kadang-kadang bila berselisih dengan dia, dia tarik rambut aku la, dia tolak-tolak aku laa..
(Aku pun sama je 2x5..HAHA)
Kalau tak gaduh, lain macam je rasa..serius..
Kadang-kadang bila aku jalan dengan dia, orang akan cakap aku ni ADIK dia..diulangi..ADIK..
HAHA tiba-tiba perasan muda pulak..
Ada jugak yang cakap kitorang ni kembar..memang tak laa john :P
Beza umur 5 tahun tu..bayangkan lah..selama 5 tahun aku jadi anak bongsu, tiba-tiba dia datang pulak =.="
Tapi takpe..Sekurang-kurangnya ada jugak laa teman aku time-time bosan..Teman aku jalan-jalan..Teman aku bergusti :D
Dulu time aku duduk kat rumah, memang kecoh laa satu rumah tu dengan suara kitorang..
Tapi sekarang ni aku dah duduk jauh, jarang balik rumah, dah senyap sikit laa rumah tu..
Takde dengar suara adik aku menjerit sebab kena buli dengan aku..HAHA..
Semua benda aku selalu je share dengan dia..Dan dia jugak laa yang selalu sampaikan cerita pasal aku kat mak ngan abah ! huhh ! kaki report budak ni !!!
Ngehngehngeh..
Whatever laa kan.. Kalau gaduh macam mana pun dengan dia, "air dicincang takkan putus"..

So, entry kali ini memang aku khususkan sempena birthday dia yang ke 14..
Makin tua sudah..Aku nak sangat buat entry ni,walaupun sekarang ni bilik aku sedang bergelap..
Yela, mana tak nya, pukul 3:40 a.m..Macam-macam halangan pulak sebelum ni..
Baru je sekejap tadi, aku & roomate aku terkunci dari luar bilik..
Agak cuak jugak laa, kami pergi ketuk bilik MPP kat bawah, lepas tu pergi jumpa pak cik guard, semua tak dapat tolong..
Nasib baik laa ada member yang mempunyai kepakaran dalam hal-hal ni..HEHE..
Sebelum ni tadi dah la kitorang semua busy tampal gambar untuk album Final Project Photography aku..
Alhamdulillah semuanya sudah beres..Kurang sikit bebanan..
Owhh lupa pulak, petang tadi aku dah hadapi 1st paper untuk final exam..
Subjek Senireka Pengiklanan..Alhamdulillah lancar semuanya..
Dan paper aku akan bersambung pada hari Jumaat (19/11/2010) dengan paper Penerbitan Web & Rekaletak Grafik..
Semoga segalanya ok..Amin..
Ya ! Dan satu lagi perkara, AKU & KAWAN-KAWAN AKU BERAYA DI HOSTEL !
Beraya di perantauan..Sedih jugak laa, tapi nak buat camne kan..redha sajalah..
Hakikat yang terpaksa ditelan sepanjang bergelar pelajar =.="

Hurmm ok lah..dah cukup lah kot aku membebel kat sini..
Tengkuk pun dah sakit ni, menaip sambil meniarap..
Haiyo haiyo..mahu rehat pulak..

SELAMAT HARI LAHIR, AIN :)



*adios, wassalam*






6 comments:

Hunny Maldini said...

happy birthday adik :)

Mario said...

slmt hariraya diperantauan...

LadyBird said...

sukenyer.. epi birth day tuk adik kamu yer :)

ambik gambar comel2 yer.. :)..

Ery Farieha said...

whohoho ramai bday 16nov

Wan_hazel said...

epy bday and salam raya

sebelas said...

selamat hari lahir kepada adik... :D

nuff