COUNTER

free hit counter

FOLLOWERS

SPONSORED BY





Sunday, November 28, 2010

Ngangkung Boleh Jadi Box Office Kot

Assalamualaikum & salam sejahtera..
Aku dah ada kat rumah sekarang ni..Abang Daus, Abang Mimi dan Ain ambil aku kat Melaka semalam..Dalam pukul 1 petang diorang sampai sana..Siap-siap kemas barang, then terus balik..Tapi singgah KL dulu, nak tengok movie kejap..Actually sehari sebelum tu, ada seorang "pakcik" ni yang cakap cerita Ngangkung tu best..Sebab tu lah aku teringin nak tengok.. Owhh ok cukup..Kat sini ada serba-sedikit sinopsis/watak/scene-scene menarik dalam cerita tu..


 Para Pelakon ;

Shaheizy Sam sebagai Azim
Azad Jazmin sebagai Tasnim
Angah Raja Lawak sebagai Wan
Eira Syazira sebagai Suri
Adik Farisya Fatin sebagai Wahida
Ruzaidi Abdul Rahman sebagai Bomoh
Mazlan Pet Pet sebagai Pendeta
Azlee Jaafar sebagai Doktor Sakit Puan


Sinopsis Filem Ngangkung ;

‘Ngangkung’ adalah satu perbuatan memuja nombor ekor dengan membawa ‘barang’ untuk dipuja oleh bomoh. Barang tersebut haruslah sesuatu yang susah untuk didapati seperti keris lama, syiling lama dan sebagainya. 

Filem ngangkung mengisahkan Azim, seorang pemandu lori yang hidup sederhana di sebuah perkampungan pinggir bandar bersama isteri, Suri dan anak perempuannya. Azim mempunyai dua orang kawan baik iaitu Tasnim dan Wan. Tasnim dan Wan memang merupakan ‘kaki ekor’ dan aktiviti mereka memang diketahui oleh isteri masing-masing. 


Azim yang pada asalnya tidak pernah menghiraukan aktiviti rakan-rakannya akhirnya terpengaruh juga kerana desakan dan kesempitan hidup. Ditambah pula dengan kejayaan Tasnim mengubah gaya hidup setelah berjaya memenangi nombor ekor hasil ngangkung. 


 Bermula dengan hanya untuk melihat, kian hari Azim semakin seronok mengikut Tasnim dan Wan walaupun secara senyap tanpa pengetahuan Suri. 
Pelbagai cara dan berbagai jenis bomoh mereka jumpa demi mendapatkan nombor untuk mereka beli. Pelbagai kejadian seram dan lucu terjadi sepanjang mereka mengangkung.


Perubahan ketara dalam hidup Azim berlaku apabila dia terlibat secara lebih serius sehingga mengabaikan keluarga akibat taksub untuk mendapatkan nombor ekor. Begitu juga dengan Tasnim dan Wan. Sehingga satu hari berlaku kejadian yang benar-benar mengubah hidup mereka. 

Bagi aku, keseluruhan cerita ni memang best la..Kelakar + sedih + beri kesedaran kat orang ramai..Watak ex-bf aku Shaheizy Sam dalam cerita ni ada kelainan sikit..Dia ubah suara dia jadi lain sikit,katanya tak nak bagi orang ramai terbayang-bayang watak dia dalam Adnan Sempit..Meninggalkan kesan jugak..Lagi-lagi part ending cerita ni..Memang sedih kot..hoho..Abang aku expect cerita ni boleh jadi box office kot..wahwah..
 
 Shaheizy Sam Samad
winkwink *melting*

*adios, wassalam*

8 comments:

AISHA SAAD said...

wahh bestnyaa dah tgok eh?
nih nak jelesh nih.. hahaha.

newayy, rasanya pon citer nih best!
ramai cakappp. nak tengok gakk. sobs!

Mar said...

kene tgk ni nanti,...

acepa weet said...

wohoo besnyee
mau tgk mau tgk
asal encik sam cam kacak jew

Cik Gallus Gallus said...

sam arghhh suke ;D

Mohd Firdaus said...

xde masa nk g tgk cite ni..tgu kuar dvd la..hehe

hans said...

nih buat den nak pergi tgok esok nih

P/S : Re- Publish Entry Lama : Video Nih Punya Effect Lagi Power Dari Film Avatar Dengan Harry Potter..Teruja Dowh Aku Tengok!

P/S : Nak Jadi Artis Ker Nak Habiskan Belajar Dulu? Aku Buntu!

aima in luv said...

macam best je.... nnt mesti downlod nie.. hehhe

ijat_asni said...

wah
ni yg semangat nak tgk nie

nuff