COUNTER

free hit counter

FOLLOWERS

SPONSORED BY





Saturday, December 4, 2010

Aduhh Khyrill Muhymeen

Assalamualaikum & Salam sejahtera..
Tiba-tiba aku rasa nak share pasal team Malaysia menentang Thailand tadi.. Aku cukup yakin, semua peminat bola sepak kat Malaysia ni memang tengah "hangin" sangat dengan beliau ni..Kalau kat rumah aku ni, abah dengan abang aku memang semangat gila marah-marah dengan prestasi beliau ni tadi..Diorang  mengkritik dah mengalahkan jurulatih pulak dah =.="  Itu baru kes kat rumah aku, belum lagi kes kat kedai-kedai mamak luar sana, kat rumah bujang tempat abang aku yang lagi sorang tu lepak tu, confirm laa semua sibuk memaki-hamun..Bagi yang tak tengok match tadi, mungkin tak tahu apa yang aku nak bebelkan ni..Kenapa pulak semua orang nak "hangin" dengan beliau yang aku maksudkan tu?


Macam ni ceritanya ;
Sebelum ni Malaysia dah kalah 5-0 dengan Indonesia..(Mungkin faktor tekanan penyokong-penyokong kat sana kot)..Biasalah kan, bermain di tempat tuan rumah, faham-faham je lah macam mana situasinya..Untuk match yang tadi pulak, Malaysia hanya seri 0-0 dengan Thailand..Itu pun dah kira bagus kot, sebab Malaysia mampu bertahan sampai ke minit terakhir..Cuma yang jadi masalahnya sekarang ni, Khyrill Muhymeen dapat peluang yang paling baik kat depan pintu gol di saat-saat akhir tadi..Tapi mungkin atas kecuaian beliau sendiri, gol tu melepas pulak..Memang peluang baik kot..Sebab tu semua orang marah.. O.o

 Khyrill Muhymeen Zambri

Aku boleh nampak wajah kekesalan beliau tadi..Kesian pulak aku tengok..Mula-mula nampak beliau buat isyarat mintak maaf dekat rakan-rakan sepasukan..Bila bunyi wisel penamat je, beliau terduduk kecewa kat atas padang tu..Cuma yang jadi tanda-tanya kat dalam otak aku sekarang ni, apalah agaknya perasaan beliau kan? Dengan tak sengaja dah mensia-siakan peluang yang ditunggu-tunggu oleh seluruh rakyat Malaysia ni..Mesti beliau menyesal, sedih, geram, kecewa yang teramat sangat..Coach Malaysia pun nampak kecewa dengan beliau..Ni pertama kali kot dia cuai..Apa pulak perasaan keluarga beliau bila kena maki, kena kutuk dengan orang ramai? Fuhh macam-macam perasaan kot..Kesiannnnnya T_T




kata kazisha : Semua manusia pernah buat silap kan..Harap coach tak singkirkan beliau dari match menentang Laos akan datang..
(Semua orang sila jangan marah aku sebab back-up Khyrill Muhymeen)
HAHAA ^_^


*adios, wassalam*

5 comments:

ohujan said...

sabar kak

ohujan said...

cayalah kak

Pandapolarbear said...

kamu geram saya lg geram...hoho haluu salam ziarah...saya follow...=) tikiu

kAziShA said...

ehh saya tak geram laa..saya back-up abg khyril..hehe sian dia kena marah T_T

hans said...

kesian dia

P/S : Nasiblah Tak Kemalangan Tadi! Kalau Tak Satu Hal Pula!

P/S : Perasaan Bila Disoal Umur Anda?

nuff