COUNTER

free hit counter

FOLLOWERS

SPONSORED BY





Thursday, December 2, 2010

Aku Tak Bodoh Laa

Assalamualaikum & salam sejahtera..
Dah kenapa pulak tajuk entry aku macam ni? Bikin gempak saja..haha..
Tapi memang betul lah kan, aku bukannya bodoh pun..
Haishh staright to the point saja lah..Baru-baru ni aku ada kongsikan sinopsis filem Ngangkung yang dilakonkan oleh bf aku Shaheizy Sam tu kat sini Ngangkung Boleh Jadi Box Office Kot, ada komen fresh dari fb beliau..
 Baru 7 hari = dah 4.1 juta
Good job !



Kali ni aku nak kongsi pulak pasal filem AKU TAK BODOH yang dipertontonkan di pawagam bermula hari ni..Ya, aku belum tengok lagi..Bila ada masa nanti, aku pergi kot..Nak support industri filem Malaysia..(owh ayat mengampu ni =.=") Dan salah satu lagi sebab aku nak promote filem ni adalah sebab sepupu aku merupakan salah seorang pelakon utama dalam cerita ni..bhahaha..Ok.tiba-tiba baru perasan =.=" salah seorang gengster dalam cerita tu pulak, kawan aku masa kat sekolah dulu..Owhh tak sangka bhai, kau pun dah berlakon filem sekarang T_T


Beliau (sepupu) yang aku maksudkan ialah budak yang 
mulutnya kena tampal dengan plaster tu..Wan Noor Aizat..



 Muka yang dibulatkan itu = rakan sekelas time sekolah =.="



Senarai pelakon

Amy Mastura
Riezman Khuzaimi
Adibah Noor
Namron
Aeril
WAN NOOR AIZAT
Rohaizat Hassan

Sinopsis "Aku Tak Bodoh"  

Bapa Roy (Riezman Kuzaimi) seorang pengaturcara komputer percaya dengan kritikan, anaknya akan menjadi seorang yang berjaya. Ibu Roy (Amy Mastura) pulak seorang editor majalah yang sering sibuk dan tidak memberi masa lapang untuk anaknya. Dia mengharapkan tanggungjawab mengawasi tingkah laku anak-anak di ambil alih oleh suaminya. Roy mula bersikap kasar dengan guru (Datuk Jalaluddin Hassan) di sekolahnya
Adik Roy, Jefri (Wan Noor Aizat) pula tersepit dalam dunia ciptaannya sendiri kerana tiada siapa mempedulikan dirinya. Kesian sebab Jefri cuba menarik perhatian kedua-dua ibubapanya, tetapi mereka sibuk dengan kerjaya mereka. Kesian betul..rasanya memang anak-anak yang mempunyai ibubapa yang sentiasa sibuk memang selalu rasa terpinggir. Kawan baik Roy (Aeril) mempunyai bapa (Namron) yang tidak pandai menunjukkan sikap kasih sayang kepada anaknya. Lantaran sikap kedua ibu bapa yang gemar mengkritik dan tidak menghargai dirinya, Roy mula berkawan dengan budak nakal. Bapa Roy yang mula naik marah di atas kelakuan Roy yang asyik bersama remaja nakal tetapi bagi Roy bila bersama mereka membuatkan dirinya benar-benar di hargai. Keadaan menjadi lebih parah bila Roy bersama rakannya melakukan kesalahan jenayah. Bila timbul pelbagai konflik, suami isteri asyik menyalahkan satu sama lain dalam isu membesarkan anak-anak dan situasi ini sering berlaku di kalangan keluarga di bandar dan isteri berkerjaya.  
Scene-scene Aizat ;
 Nice works, Aizat (^^,)
Untuk lebih info, jom ke website khas filem ni
Selamat menonton yaa semua..
*adios, wassalam*
 

3 comments:

apih el nino said...

Ni I'm Not Stupid versi Melayu kan? Nampak best. Tapi tak sabar nak tengok citer Kongsi dengan KL Gengster tahun depan. Harap-harap citernya segempak trailernya. Hehehe...

J.M.R said...

lepas ni, sepupu aizat ni lak yg berlakon kan..hehehe..aku pon nak tgk gk filem nih..cam menarik gk

Anonymous said...

aku just nak tau, sape ek y jadi pelakon ketua gengster dlm filem A.T.B tu.. sebab muka dia sejibik gler dgn kawan aku.. cara pelat pun same.. kwn2 ktorang semua setuju..
sangat sama

nuff