COUNTER

free hit counter

FOLLOWERS

SPONSORED BY





Wednesday, December 1, 2010

Kami Sudah Separuh Jalan Untuk Tamatkan Diploma


Assalamualaikum & Salam sejahtera..
Seperti gambar di atas, aku sedang termenung sambil memikirkan segala kejadian yang telah berlaku dalam hidup aku sepanjang tempoh nak habiskan setengah daripada pengajian Diploma aku.. Aku dalam tempoh cuti untuk semester yang ketiga..Tinggal lagi tiga semester je lah aku nak tamatkan pengajian Diploma Teknologi Multimedia, nama memang menarik, tapi kami yang melaluinya saja kot yang faham kepayahannya..wahh ayat aku apesal tak boleh blahh ni =.=" HAHA sebenarnya tak ada lah susah sangat sampai terpaksa bergadai nyawa bagai.. 


SEMESTER SATU

Aku mulakan dengan semester yang pertama dulu..Subjek-subjek semua tak ada lah susah sangat, cuma banyak subjek yang memerlukan pembacaan..Yang agak memberi tekanan sikit masa tu, mungkin subjek Asas Pendidikan Seni..Walaupun lecturer aku tu jenis yang agak sempoi je dengan pelajar-pelajar, tugasan yang beliau bagi semuanya memerlukan tumpuan dan minat yang secukupnya..Yang paling basic, beliau suruh kami lukis tapak tangan kami sendiri, tanpa tengok kertas..Err,,macam mana nak explain ni ea..Kiranya, lecturer aku nak biar kami semua student tajamkan skill melukis menggunakan daya fikiran dan pergerakan tangan..Memang tak pernah-pernah kami semua diajar cara melukis macam tu..Tapak tangan yang kami kena lukis tu bukannya sikit, ada yang mencecah seratus keping, dan ada jugak yang lebih dari tu..Bukan tapak tangan je kami kena lukis, macam-macam lagi lah..Mula-mula lukis kat atas kertas A4 je..Lama-lama lukis atas kertas A2 pulak..bayangkanlah macam mana besarnya kertas tu..haishh..Siapa-siapa yang tak boleh tahan dengan cabaran tu, memang akan jadi gila sekejap kot..hehh..

salah satu lakaran tangan yang aku hasilkan..
janji rock! haha
(macam kanak-kanak tadika melukis je)
 
 gambar yang ni pulak menunjukkan pergerakan..
aku pun tak tahu la apa yang aku lukis ni..
siap kena reject lagi =.="


Dalam subjek tu jugak, kami diberi tugasan mencipta apa-apa sahaja benda menggunakan dawai..100% dawai! Ini tugasan kumpulan..Aku berkumpulan dengan dua orang lagi kawan aku..Akhirnya terhasillah sebuah helikopter..Tangan memang sakit-sakitlah nak siapkan benda ni..Hasil rekaan kami dibantu oleh abang kepada seorang kawan aku, SHAHIRA KHIR..terima kasih, adek..

Ok yang ni asas helikopter kami..
Cari gambar helikopter yang dah siap tu, tiba-tiba tak jumpa pulak =.="


Bila diingat-ingat balik, kami semua bertuah sebenarnya dapat pengalaman-pengalaman menarik macam ni..Alhamdulillah Semester 1 aku ditamatkan dengan keputusan exam yang agak best jugak la..Macam tak percaya pun ada jugak kadang-kadang..hoho..


SEMESTER DUA

 Ok, beralih kepada semester yang kedua..Kali ni kami banyak menghabiskan kelas dalam makmal komputer..Banyak belajar software-software yang asas..Adobe Illustrator, Adobe Photoshop, macam-macam lagi la..Kali ni agak heavy sikit sebab markah anyak bergantung kat assignment-assignment kami..Apa yang susah sangat pun aku tak tahu nak explain macam mana..haha..

Ini salah satu poster yang aku hasilkan untuk Subjek Komunikasi Visual..


 Yang ni iklan Milo ciptaan sendiri untuk subjek Typografi..


Cover magazine utk subjek Teknologi Grafik..
Model 2 orang tu adalah abang-abang aku..harap maklum..haha


Dalam sem yang kedua ni, pointer aku agak menurun sikit..Banyak main-main dalam kelas agaknya..haha..tapi nasib baik tak kurang dari 3.. 


SEMESTER TIGA


Seterusnya, untuk semeter tiga pulak..Kali ni memang terasa gila tekanan masa belajar..Makin pressure dengan keadaan sekeliling lagi, dengan subjek-subjek yang makin susah..Ada subjek yang memaksa kami bermain-main dengan coding program komputer, ada yang kena buat skrip & record suara sendiri untuk buat iklan radio, melukis jalan cerita (storyboard sebelum hasilkan iklan tv) Semuanya memang betul-betul menduga kesabaran kami semua..Alhamdulillah dengan sokongan family & kawan-kawan, aku dapat seleseaikan sem ni dengan jayanya..tinggal nak tunggu pointer keluar je..Cuti sem pulak tak lama..Dalam tempoh cuti ni je lah kot aku ada masa sikit untuk blog aku ni..Nak blogwalking, merayau-rayau..Semester depan, aku dapat jangka tekanan yang bakal aku & rakan-rakan seperjuangan aku hadapi..Semoga semuanya berjalan dengan lancar lah hendaknya..Amin..


Sebahagian dari rakan-rakan seperjuangan aku ;


sekian,
*adios, wassalam*



5 comments:

hamidah sholihin said...

uhuiii,boring..

Zulfahmi Abidin said...

ape panjang sgt entry kau nie.grrr...buat la vol.1 ,vol.2.hehe

alah relax lah.standard lah blaja.mane2 tmpat same jer.^_^ (sedapkan hati kau je nie).pape pon.jgn give dulu.gud luck smpai habes dip okey.^_^

Terkini: Pakar IT Zaman Teknologi Tinggi | Apelah Dosa Aku Dapat Kawan Macam Kau Nie | Besok Kau Dah Tua Kau Tahu La

sYafIk-wAy said...

jangan putus asa , teruskan sampai ke penamat macam sy

sekamar rindu said...

salam..

alhamdulillah....moga berjaya..

follow ur blog...

M y M y said...

wahhh nak abis sem dah ke???lagi separuh kan? sama la kita..hehe gud luck..

nuff