COUNTER

free hit counter

FOLLOWERS

SPONSORED BY





Wednesday, December 15, 2010

Perbezaan Ketara PEREMPUAN & LELAKI

Assalamualaikum & Salam Sejahtera..
Kali ni aku nak share pulak pasal Perbezaan Ketara Antara Perempuan & Lelaki..
Sila lah perhatikan satu-persatu, harap-harap tak ada siapa-siapa yang terasa or makan hati dengan statement-statement kat bawah ni..Just For Fun, okey kawan-kawan ? hikk



1) NAMA 
- Jika Sarah, Lisa & Aishah keluar makan, mereka tetap akan memanggil Sarah, Lisa dan Aishah di antara sesama mereka.
-Jika Faiz, Syahril dan Lutfi keluar makan, mereka akn memanggil raksasa, otai, panau & sebagainya di antara sesama mereka.

2) MAKAN DI LUAR
- Apabila dapat bayaran bil, Sarah, Lisa & Aishah akan mengeluarkan duit cukup-cukup dengan jumlah total bil.
-Apabila dapat bil bayaran, Faiz, Syahril & Lutfi akan keluarkan RM 10 seorang walaupun jumlahnya berharga RM 30.25. Tiada di antara mereka yang akan mengeluarkan jumlah sen tersebut.

3) DUIT
- Lelaki akan bayar berapa sekalipun duit sekiranya sesuatu barang itu menjadi idaman hatinya. Walaupun mahal, mereka pentingkan kualiti lebih daripada harga.
- Wanita juga sanggup keluarkan duit dengan banyak apabila berbelanja. Namun, mereka akan bayar lebih dan ia bukan pada barang yang diinginkan pun. Hal ini hanya akan terjadi apabila tiba waktu jualan murah.


4) BILIK AIR
- Lelaki hanya mempunyai 5 barang sahaja di dalam bilik air iaitu berus gigi, pencukur, krim pencukur, sabun buku, & juga tuala mandi.
- Wanita pula secara puratanya mempunyai hampir 328 barang di dalam bilik air mereka. Secara puratanya juga, lelaki hampir tidak mengetahui apakah barang tersebut serta tujuannya.

5) PERTENGKARAN
- Wanita sering ada sahaja kata-kata akhir selepas sesuatu pertengkaran berlaku. Ala-ala kesimpulan kepada pertengkaran itu.
- Lelaki pula sering menambah pada kata-kata akhir wanita itu & apa yang tidak disangka, ia akan menjadi permulaan kepada pertengkaran yang baru.



6) MASA HADAPAN
- Seorang wanita amat risaukan masa depannya sehinggalah mereka dapat seorang suami.
- Seorang lelaki tidak pernah merisaukan masa depannya sehinggalah mereka mendapat seorang isteri.

7) KEJAYAAN
- Seorang lelaki yang berjaya dapat membuat duit dengan jayanya untuk dibelanjakan oleh isterinya.
- Seorang wanita dikatakan berjaya apabila mendapat lelaki seperti di atas.



8) PERKAHWINAN 
- Seorang wanita berkahwin dengan lelaki dan mengharapkan lelaki itu boleh berubah, tetapi malangnya si dia tidak akan berubah.
- Seorang lelaki berkahwin dengan wanita dan mengharapkan wanita itu tidak berubah tetapi malangnya si dia akan berubah.


9) BERGAYA
- Seorang wanita akan bergaya apabila mereka keluar shopping, membuang sampah di luar rumah, menyiram bunga di halaman, mengambil surat di halaman rumah & ketika menonton tv.
- Seorang lelaki hanya akan bergaya ketika di majlis perkahwinannya dan juga ketika majlis-majlis penting.


Hakikatnya, kedua-duanya saling memerlukan & diperlukan.



*sekian, wassalam*

-sumber diperolehi dari MAJALAH REMAJA-

11 comments:

NuR 'aQiLaH said...

setuju sgt.
lg2 dekat nama.
kawan2 encek boyfie phl die sedud.
mana dapat tah.
huhu

Myra Arshad (: said...

betul . lelaki dan perempuan walaupun ada perbezaan but still saling memerlukan :)

Myra Arshad (: said...

betul . lelaki dan perempuan walaupun ada perbezaan but still saling memerlukan :)

Alynn Notnot said...

hahahaha! lawak laaah! xD

Amanina said...

328 barang dalam bilik air? huyoo nape banyak sangat eh?

man yusoef said...

328??..bnyk nye!!!!!!!!!!!!!!!!!!

Sky Before Pinky said...

ehehe..setuju... nice lah blog nie.. suke!

Azuan said...

328...biar betul nie...huhuu

za petrelli said...

hohoho.. kelakar ah. tap tersangatlah setuju

Nur Ardilla Najwa said...

salam...jemput join contest d blog saya... =)

http://jannatul-ardilla.blogspot.com/2010/11/game-for-fun-favorite-photo-contest.html

ciptanirmala said...

perbedaan yang paling penting... cowok iti berpikir lebih rasional sementara cewek berpikir leih emosional.. oya, follow nd komen balik yax! sankyuu...

nuff