COUNTER

free hit counter

FOLLOWERS

SPONSORED BY





Thursday, December 9, 2010

Terima Kasih Bambang Pamungkas

Assalamualaikum & salam sejahtera..
Oii dah pukul berapa ni wehh?! Aku memang dah mula berjinak-jinak jadi burung hantu kat rumah ni.. Sedang orang lain tengah sibuk berdengkur lena, aku pulak tiba-tiba datang semangat nak update..Petang tadi aku dengan abang-abang & adik aku merayau-rayau kat KL tu..Tujuan utama nak cari software je..Sampai kat sana masing-masing terus menuju ke tempat movie ticket..haha..Cari-cari filem yang best, akhirnya kitorang pilih Aku Tak Bodoh..Nak jugak tengok bakat Aizzat (sepupu aku) tu berlakon filem kan..Takkan nak lepaskan peluang kot..Malangnya, tadi tak ramai pulak penonton cerita tu..Takkan la tak dapat sambutan kot? Adakah sebab pelakon-pelakon dalam cerita tu kurang popular? Hehh..apa-apa je lah..Yang penting, aku rasa enjoy dan berbaloi menonton cerita tu tadi..Banyak pengajaran berguna..

Ehh yang ni tak ada kena-mengena dengan tajuk pun =.="

Kenapa pulak aku berterima kasih dekat Bambang Pamungkas, pemain bola sepak Indonesia ni ?


Straight to the point lah kan, semalam riuh lagi rumah aku dengan penyokong-penyokong & pengkritik tetap setia bola sepak..Haha ada match Malaysia vs Laos..Keputusannya Malaysia menang  5-1..Tahniah skuad kebangsaan ^_^ Aku berterima kasih dekat Encik Bambang sebab dah berjaya jadi wira yang telah meyelamatkan Indonesia daripada tewas dengan Thailand..Kalau Thailand menang, tak dapat lah Malaysia melangkah ke pusingan yang seterusnya..Heheh..Itu je sebabnya..Aku mula kenal dengan Encik Bambang ni sejak beliau jadi pemain import dalam skuad bolasepak Selangor suatu ketika dulu..

Terima kasih sekali lagi..

*adios, wassalam*

4 comments:

hans said...

hohohoh
bambang wira jadinya

P/S : Syurga Coklat Dan Gara - Gara Semangat Coklat Buat Aku Merepek Sekejap...Hahaha!

Anonymous said...

Semoga hari dinamit teman saya!

kAziShA said...

@hans :


bambang "wira" pamungkas..sedap gak kan? hehh ^_^

kAziShA said...

@Anon :


Rakan Bambang kah ini ?
*sambil buat muka tertanya-tanya*

nuff