COUNTER

free hit counter

FOLLOWERS

SPONSORED BY





Tuesday, January 11, 2011

Ada Apa Dengan Korea ?

Assalamualaikum & Salam Sejahtera..
Jam kat desktop aku ni dah menunjukkan 6:28 pm 11 Januari 2011..
Semua orang tau kot, hari ni birthday Tok Ti..hoho..Tak lupa jugak, dua hari lepas iaitu 9 Januari merupakan birthday abang aku yang sulung..Semoga dipanjangkan umur, dimurahkan rezeki, & sentiasa dipermudahkan dalam setiap urusan..Hurm, agak lama jugak aku tak membebel kat sini ea..Lately aku memang tak ada mood sangat nak menulis..Mungkin sebab tekanan assignment kot, macam biasa lah kan..Hehh..

Kali ni aku just nak cerita sikit pasal Korea..Haipp! bukan cerita pasal perang Korea Utara dengan Korea Selatan tu..Tapi pasal band Korea yang aku "tiba-tiba" je minat nak layan..Kalau nak tahu, sebelum ni, aku memang kureng sikit nak layan drama-drama & lagu-lagu Korea ni..Minat aku dulu more to drama-drama Jepun..Yang tu terpengaruh dengan abang aku..Dulu dia selalu layan drama Jepun..Tapi pengaruh kuat Korea ni pulak datangnya dari adik aku yang sangat gedik tu..Hahah..Memang dia gedik habis lah..Gedik gila ! waakakak..Aku daripada tak ada minat langsung nak dengar lagu-lagu Korea ni, boleh tiba-tiba macam masuk kepala..Dulu aku pelik jugak, apa yang best sangat lagu-lagu Korea ni, tapi sekarang ni, aku pulak yang terjebak sama! Padan muka aku..Pengaruh kecik-kecilan Korea pulak datangnya dari geng-geng kolej aku.. (pffft ! nampak sangat AKU NI MEMANG CEPAT TERPENGARUH !)

 Nas, Aziah, Nana

Hari tu, aku ada layan satu drama ni..Tajuknya : You're Beautiful..Mula-mula ingatkan tak best sangat..Tapi bila dah tengok, fuhh menangkap beb..Ceritanya kelakar, sweet je dan yang paling penting, banyak part sedih dalam tu..Aku selalu tengok sorang-sorang time member-member lain dah tido..Faham-faham je lah kan, confirm leleh ! Hahahha! Aku bagi 4.8/5 bintang untuk cerita ni..Perghh banyak tak banyak pulak aku kasi tu kan..


 
Tiga jejaka berebutkan seorang wanita yg menyamar sebagai lelaki 


Aku jugak dah mula layan lagu-lagu dari sana, tapi untuk yang terpilih je lah..Haha..Ada yang best, ada yang totally TAK BEST ! Hurm, ada dua je band yang betul-betul boleh masuk kepala aku lah kan  :

 FT ISLAND
 Aku minat most of their song, pertama sekali sebab rentaknya ada macam lagu-lagu jiwang melayu..Wahaha..Dan sebab yang kedua adalah mamat ni : 

 Vokalis - Lee Hong Ki
Suara dia memang superb ! Tak tipu ni wehh..Cuba la dengar..Hehh

 
CN BLUE
Yang ni pulak band CN BLUE..Band ni aku suka lagu yang berentak catchy..Tapi tak boleh challange dengan Ft Island lagi kot..



 Tapi yang aku tahu dan pasti, aku ni bukan lah peminat fanatik macam adik gedik aku tu ! HAHA

*adios, wassalam*



4 comments:

Cik Yana said...

bley try ni.
cik Yana baru berjinak manja dengan korea.
hehehe~
1st group cik Yana minat 4minute.
selama ni duk kutuk org dengar lagu korea tak de keje sebab dengar tak paham ape die cakap.
last2 diri sendiri terjebak.
hahaha~
tp bru layan 1 group :P

kAziShA said...

@Cik Yana

AHaha! kitaserupa la ni..dulu kazisha pun sama je, pelik bila org gila snagta dengan lagu2 korea..sekarang ni, dah terkena kat batang hidung sendiri XD

ezlyn :) said...

hong gi is the BEST! wahahaha! SUKESUKESUKE:) *SORRY kalau saya GEDIK mcm adik akak :P HAHA

kAziShA said...

@ezlynn :

ahahah..dia memang gedik gila ! wakakaka

nuff