COUNTER

free hit counter

FOLLOWERS

SPONSORED BY





Sunday, January 23, 2011

Akademi Al-Quran Musim 5

Assalamualaikum & Salam Sejahtera..Hari ni aku nak bercerita sikit pasal AQ @ Akademi  Al-Quran musim kelima..Kali ni aku nak perkenalkan salah seorang peserta yang terpilih iaitu kawan aku masa sekolah rendah dulu..Beliau memang selalu join tilawah-tilawah Al-Quran masa dulu-dulu..Beliau ni jugak merupakan anak kepada seorang ustazah aku masa di SMKA dulu,iaitu Ustazah Arbaa'yah..Jom tengok =)

Inilah beliau yang dimaksudkan, Muhamad Azlan Syah Zakaria, 20 tahun, Perak


Akademi Al-Quran kembali lagi untuk musim yang kelima atas sambutan yang menggalakkan dari para penonton dan penyertaan yang cukup memuaskan. Pada musim ini sekali lagi, kita akan dapat menyaksikan 10 peserta dari serata negeri yang telah berjaya dipilih untuk menyertai program ilmiah ini.

Akademi Al-Quran merupakan signature program bagi TV9 dan mendapat sambutan yang menggalakkan daripada penonton sehingga mencecah 1.5 juta penonton telah membuatkan program ini muncul lagi dengan musim kelima.

Pada musim terbaru ini, AQ5 bakal menampilkan dua hos berpengalaman, Sharifah Khasif Fadzilah Syed Badiuzzaman yang juga merupakan pemenang kedua AQ3 dan pernah menjuarai Pertandingan Antarabangsa Al-Quran 2009 serta Mohd Zhafran Zainuldin yang juga merupakan adik kepada Ustaz Mohd Zamri Zainuldin. Kelebihan kedua-dua hos ini ialah mereka amat fasih berbahasa Arab.

AQ 5 akan menemui penonton pada setiap Sabtu, jam 9.00 malam yang sudah pun bermula sejak 8 Januari 2011 yang lalu dan diterajui oleh penerbit Shukri Ibrahim dan penerbit eksekutif Nuraeshah Malik.

Tujuan diwujudkan rancangan ini adalah untuk melahirkan generasi Al-Quran dengan mendedahkan mereka mengenai ilmu pembacaan Al-Quran, menekankan elemen berlagu serta tarannum dan qiraat tertentu dan paling utama adalah menyemarakkan minat penonton terhadap ilmu Al-Quran melalui satu-satunya rancangan realiti berteraskan Al-Quran.

Berikut adalah 10 peserta lain Akademi Al-Quran musim ke-5:

Muhammad Ariff Razali, 15 tahun, Perak
 
Mohd Zakiuddin Hj Hanafi, 16 tahun, Johor
Muhammad Shamil Shaikhuddin, 17 tahun, Kelantan
 
Mohammad Najmi Bin Yasak, 19 tahun, Kedah
Mohamad Husaini Mahmur, 19 tahun, Negeri Sembilan
Khairul Amin Hj Kassim, 21 tahun, Kedah
 Muhamad Nasir Mohamad Salleh, 21 tahun, Selangor
Suhailah Zulkifly, 22 tahun, Melaka
Mohd Syahriansyah Apin, 25 tahun, Sabah


Menariknya musim kelima ini, penonton berpeluang untuk mengenali 10 bakal peserta AQ5 menerusi Nota AQ5 yang akan disiarkan selama tiga minit pada setiap Isnin hingga Jumaat iaitu pada jam 7.57 pagi dan ulangannya pada 10.57 malam. Penonton akan bersama-sama peserta menimba satu pengalaman baru di mana menerusi segmen ini, ia mengupas tentang perkara seharian yang kita lakukan selama ini yang secara tidak langsung memberi kesan di dalam kehidupan harian kita. Contohnya berkaitan pemakanan, pembacaan dan pentafsiran Al-Quran.

Sementara itu, Di Sebalik AQ5 juga turut diperkenalkan pada musim ini dan akan disiarkan selama setengah jam pada setiap Jumaat pada jam 6.30 petang. Menarik tentang Di Sebalik AQ5 ini, penonton dapat melihat gelagat peserta dan juga perkara-perkara yang bakal terjadi ketika mereka menghadiri kelas tarannum, tajwid dan qiraat dan juga perkara-perkara yang berlaku di dalam kelas. Teruskan menonton Akademi Al-Quran Musim Kelima menerusi stesen TV9, saluran Di Hatiku.


Segala info diperoleh dari SINI

*adios, wassalam*


nuff