COUNTER

free hit counter

FOLLOWERS

SPONSORED BY





Monday, January 17, 2011

Kenapa Kau Tak Tunggu Aku Balik Dulu ??

PERINGATAN ; Ini adalah entry emo !
Assalamualaikum & Salam Sejahtera..
 
kAziShA
Nurul Asyikin bt Nor Azmee . 5th of March 1991 . Perak . KL . Malacca . Taking Diploma in Multimedia Technology And Graphic Design . Friendly and talkactive to sumone i know well . Just an ordinary person . Cat's lover . Red's lover . Man UTD's supporter .


Ini merupakan serba-sedikit tentang diri aku yang aku bebelkan kat ruangan About Me kat sebelah kanan ni..Kenapa aku highlight kan kat perkataan tu? Mestilah sebab aku sayanggggggg kucing..Lagi-lagi kucing yang dijaga kat rumah aku tu..Kat rumah aku ada banyak kucing..Dah banyak generasi pun..Ada lah seekor kucing ni, aku namakan "Kimi". Aku pun tak ingat kenapa aku bagi dia nama tu..Mungkin sebab dia jantan kot..Keluarga aku jaga Kimi sejak kecik lagi, sejak kami belum pindah kat rumah yang sekarang ni..Bermakna dah 3 tahun lah kucing tu kami jaga..Abah siap pasangkan loceng kat leher Kimi..Kimi memang kucing yang paling manja sekali dengan aku..Ye lah, mana tak nya, setiap kali aku balik rumah bercuti, aku akan spend masa walaupun sekejap untuk main-main dengan Kimi kat luar pintu rumah..Itu memang merupakan aktiviti wajib untuk aku..Kimi ni pulak memang jenis yang suka main-main..Dia tak pernah gigit/cakar aku pun..Aku pernah jugak cuba buat dia marah..Tapi memang dia tak akan bertindak ganas..Mungkin dia dah kenal tuan dia kot..

Baru-baru ni, emak ada call bagitau aku yang Kimi tengah sakit..Asyik duduk termenung je..Dia tak banyak bergerak..Makan pun tak nak..Aku suruh emak bawak dia pegi klinik haiwan, tapi time tu doktor pulak takde..Aku dah mula tak keruan dah kat Melaka ni..Semalam aku call adik aku, aku suruh adik aku bukak pintu, tengok camne keadaan Kimi..Aku nak dengar suara Kimi (kat dalam telefon pun jadi lah). Tapi adik aku kata, Kimi tak larat bangun..Kimi tengok dari jauh je kucing-kucing yang lain tengah makan..Aku risau je, sebab sebelum ni bila kucing jadi macam tu, confirm sebab termakan racun or apa-apa yang tak sepatutnya..

Tadi masa kat dalam kelas, ada message masuk kat phone aku..Tapi masa tu phone aku kat dalam beg..Aku pulak tengah berkumpul ramai-ramai kat depan (tengah belajar). Bila aku check je message tu, dari Abang Daus berbunyi macam ni ;

"Kimi dah mati. Orang terlanggar tadi tak perasan."
"Biasanya kalau start enjin, dia dah lari. Mana tau dia ada kat bawah lagi" 

Fuh tiba-tiba hilang concentrate jap dengar lecturer mengajar..Terkenang pulak kat Kimi..Meleleh la pulak dalam kelas tadi..Aku ni dah la memang susah gila nak tahan air mata..Nasib baik budak-budak tu tak perasan..Tapi cuba lah bayangkan, dapat berita dari jauh je..Tak sempat pun aku nak jenguk dia kat rumah..Ni time tengah tulis entry ni pun masih lagi meleleh ni..Haishh..Kimi ohh Kimi..Kenapa kau tak tunggu aku balik dulu? Boleh jugak aku tengokkan kau..Temankan kau kat luar pintu rumah tu..

 Sumpah aku akan rindu gila kat kau, KIMI ;'(

p/s : Maaf. Mungkin bagi sesetengah orang akan cakap
"Apebenda lah nak emo pasal kucing"
  Ya. Aku memang sayang kucing-kucing aku. Semua sekali.


12 comments:

.:pUbLiC_eNeMy:. said...

imma cat lover too..sgt sedih bila baca entry psl kitty tau.. :(

Khaizarien said...

comelnye die...sedihnye..... T_T sabar la ye kamu....

Regard,
Khaizarien Blog
@ Sudi-sudikan melawati Khaizarien In D' House

Skype Crew said...

bnykkan bsbr dik..abg pun ske kucing gk. dah ajal dia stkt tu...

sbr ek..jgn nanes2..nti abg nanes jgkkn..

DeQdEq said...

DeQdEq faham perasan bila kehilangan kucing...setiap kali ada yang mati rasa tak nak dah bela lagi kucing....

tapi tak boleh....sb dah suka dan sayang kucing...baru semalam bagi kucing kat 'papa kucing' sbb tak mampu nak jaga kat umah sewa skrg ni...

tu pun DeQdEq dah rasa rindu dan nangis bila igtkan kat 'Lucky'

Miecyber said...

Rasullullah juga sayangkan kucing....

Seramai 50,000 orang amah di perlukan

miszlullaby said...

sabar la kazisha.tapi sedih sebb die kene langgar.Ml mati2 ingat die mati sebab sakit.sabar la ek.=(

Farhah Zaidah said...

sabar ye...sy pun sedih baca entry nih..bleh rasa mcm mna perasaan tuh...

kAziShA said...

terima kasih semua..sekarang ni pun dah mula rindu T_T

Cik Yana said...

Cik Yana pun suka kucing.
Orang yang sayang kucing je faham.
Lagipun kucing dengan manusia ni ada hubungan yang istimewa sikit.
Kucing tahu macamane kita rasa.
Kalau nak tahu kan, kucing pernah selamatkan nyawa ayah cik Yana dulu.
Huhuhu~

~ch@wi~ said...

abg daus? bkn sy kot..hehehe..
jgn nangis, nnt sy pon nangis jgk..huhuu
kucing sy masa tga nazak sy rakam, ada lg video nye dlm hp sy ni..mmg sedih...

LovEmoNEy said...

walaupun saya fobia kucing.. tapi salm takziah

Wan Gerrard said...

sedihnyer..sorry2
gerrard pun suka sngat kucing ^_^

nuff