COUNTER

free hit counter

FOLLOWERS

SPONSORED BY





Wednesday, January 5, 2011

Kurang Keyakinan

Assalamualaikum & Salam Sejahtera..Sejak kebelakangan ni, aku memang tak cukup masa untuk update entry kat sini atas faktor-faktor assignment yang tengah beratur tu..Aku nak susun 10 jari untuk mintak maaf kat semua pengunjung blog ni, yang mana aku tak sempat nak terjah + follow balik tu, nanti bila semuanya dah settle, aku jenguk ok..Untuk tag-tag yang tertangguh pun sama jugak, nanti aku curi-curi masa sikit settlekan dalam masa terdekat ni..


Semester ni, aku memang betul-betul tercabar dengan subjek-subjek yang semakin "heavy" untuk dihadapi..Sebenarnya, pada saat ni pun fikiran aku masih lagi serabut + rasa sangat tertekan + semakin kurang keyakinan dengan salah satu assignment..aku diminta untuk design layout untuk mempromosi satu produk jenama pakaian..Sebelum ni, aku dah pilih jenama "Tropicana Life" yang bergaya santai dan temanya tak terlalu mewah sangat..


 Tapi, masa last-last minit & atas sebab-sebab yang tertentu, lecturer aku cadangkan supaya aku pilih jenama "Burberry" yang agak elegan dan mewah..Aku pun terima cadangan tu, terasa tercabar jugak pada mulanya..Masalahnya sekarang ni, aku memang tak berminat dengan pakaian macam tu..
 


Tapi disebabkan kesalahan aku sendiri yang kurang memahami konsep jenama tu, bila dah mula mendesign, aku tak berjaya buat design yang sesuai..Semuanya tak kena..Dalam kelas aku, memang aku seorang je yang nampak macam masih tercari-cari konsep yang sesuai untuk keseluruhan jenama tu walaupun lecturer maki semua student dalam kelas tu..Tak macam budak-budak lain..Macam kelas yang lagi satu pulak, lecturer cakap tugasan diorang lebih mudah berbanding kelas aku..So, kurang sikit lah terbeban..Tiba-tiba aku rasa aku ni tak setaraf dengan kawan-kawan yang lain..Design diorang semua gempak-gempak..Aku ni pulak dah macam design budak sekolah T_T  Datang pulak satu persoalan dalam otak aku ni, "Mungkin ke aku ni tak layak untuk teruskan pengajian dalam course ni?" Aku dah dapat detect masalah besar dalam diri aku, mungkin aku lemah dalam berimaginasi dan merekabentuk..Lecturer pun ada cakap, pelajar perempuan memang akan "susah" sikit dalam subjek ni..Memang ada kebenarannya lah kan..Sekarang ni pun, otak aku tengah betul-betul serabut..Kawan-kawan lain semua ok je..Kenapa aku sorang je yang rasa macam ni?? Subhanallah..semoga lepas ni, segalanya dipermudahkan..

Semangat dan idea, tolonglah datang sekarang ! 




*adios, wassalam*


11 comments:

nub said...

yep3!kemon2.u can do it

miszlullaby said...

burberry.ML salu tengok perfume nye je.

Memang kene ikut konsep design asal ke or kene design sesuatu yang baru tapi gune nama jenama tu?

kAziShA said...

@nub

thanks yup :)

kAziShA said...

@miszlullaby

kena design sumthing yg baru..tp tak boleh lari dari konsep asal brand tu..

syamsid dhuha said...

yeah bangkit !! :D

miszlullaby said...

Ada award you're cool like a snow untuk kazisha.Jemput amik ye=)

http://miszlullaby.blogspot.com/2011/01/blog-post.html

CouLeur de Chiqu3 said...

syikin...buat research banyk2 pasal burberry..tahu strength and weaknessnye then u will find out something...

kAziShA said...

@syamsid dhuha

thanks sam..sedih kan time kita kena maki beramai-ramai tu? huu

kAziShA said...

@miszlullaby

wahh cool ke ? hee thanks ML :)

kAziShA said...

@CouLeur de Chiqu3

Thanks sis kecik..doakan saya berjaya, ok ^_^

Encik Tikus said...

c'mon kazisha u can do it ! =D

nuff