COUNTER

free hit counter

FOLLOWERS

SPONSORED BY





Tuesday, February 15, 2011

Anda Pernah Kena Kritik ?

Assalamualaikum & Salam Sejahtera
Korang pernah kritik tak ? Apa perasaan korang bila ada orang kritik hasil kerja korang yang korang penat-penat buat tu ? Kebanyakannya mesti akan rasa kritikan tu sesuatu yang negatif dan berniat untuk menjatuhkan. Aku pun kadang-kadang rasa macam tu jugak..Hehh ^_^ Ada jugak yang anggap kritikan tu satu penghinaan yang nak cemarkan nama baik ! o_O


Dalam banyak-banyak kritikan, ada macam-macam cara untuk kita terima kritikan-kritikan tersebut sebagai sesuatu yang baik dan manaikkan semangat.

1) Rindui Kritikan & Nasihat Tersebut
Bukan lah rindu-rinduan macam orang yang tengah bercinta tu..Cuba tanamkan sikit rasa rindu kita untuk diperbetulkan dan dinasihati. Takde lah semua perkara yang kita buat tu, mesti semuanya perfect kan..Sekurang-kurangnya,kita dapat kesan kekurangan dalam diri kita. Kita tak boleh lah anggap kritikan tu sesuatu yang negatif..

2) Cari & Bertanya
Cuba belajar dan bertanya pada orang lain tentang segala hasil kerja yang kita dah buat. Contohnya lahkan, kalau jadi student macam aku ni, aku kena lah cari kawan yang betul-betul jujur untuk menegur dan memperbetulkan. Kalau dapat jenis member yang depan cakap OK, belakang cakap KO tuh,memang payah lah nak hadap kan..hoho..
*Alhamdulillah, kawan-kawan aku kat sini semuanya jujur belaka =)

3) Nikmati Kritikan
Owh bunyi macam orang tengah lapar je..Haha..Maksudnya, kita kena lah terima segala kritikan dan nasihat tu sebagai satu keperluan. Memang lah kadang-kadang kritikan tu pahit untuk diterima, tapi nak buat ,acam mana kan. Kadang-kadang tu, kita tengok hasil kerja kita dah 100% perfect dah, tapi tetap jugak kena kritik..So, terima je lah kan. Hikk.

4) Bersyukur Dengan Kritikan
Tak payah lah kita sibuk-sibuk nak lawan balik dengan nada yang tak puas hati pulak. Hehh. Jangan sesekali salahkan pengkritik tu. Ucaplah terima kasih kat diorang. Sebab diorang lah, kita dapat betulkan kesilapan. Muka kita masa kena kritik tu pulak, kena lah bersungguh-sungguh dan bagi perhatian secukupnya. Baru lah pengkritik tu tak teragak-agak nak bagi pendapat..

5) Perbaiki Diri
Haa yang ni wajib lah ada kan. Lepas dah kena kritik tu, kita kena "upgrade" balik hasil kerja kita tu..Kasi gempak habis..Jadikan segala kritikan tu, pembakar semangat kita. Jangan pulak "membakar" sampai hangus, sampai dah hilang terus semangat tu..Hehh. Lagi satu, jangan lupa mintak izin dengan Allah, sebab, perubahan itu hanya terjadi dengan izin dan kekuasaanNya sahaja.


Wallahua'lam.
Salam Maulidur Rasul.
*adios, wassalam*


4 comments:

Cik Yana said...

tips yang bagus cik Kazisha! hehehe~ cik Yana suka orang kritik yang membina. Bukan nak menjatuhkan kita, tapi sambil dia kritik, dia bagitahu cara kita boleh baiki kesilapan kita. Macam tu baru betul :)

kAziShA said...

@Cik Yana :

hehe..takde lah bagus mane pun..sebahagian dari kenangann & pengajaran dlm hidup ni..hikkk ^_^

DuniakuAbstrak said...

Hati kena kentaL teLinga kena tebaL =)

Anonymous said...

thanks for this nice post 111213

nuff