COUNTER

free hit counter

FOLLOWERS

SPONSORED BY





Saturday, February 26, 2011

Comic --> Anime --> Live Action Series

Assalamualaikum & Salam Sejahtera semua..Selamat berhujung minggu..Hehh..Kali ni aku nak berkongsi sikit pasal hasil karya rakyat Jepun yang pada pandangan aku, memang super duper best..Seperti yang semua orang tahu, Jepun merupakan negara yang terkenal dengan kreativiti rakyat-rakyatnya..Baik tentang penciptaan teknologi baru, sehingga lah karya-karya macam manga dan anime yang terkenal kat seluruh dunia..Salah satu contoh yang paling dekat dengan kita, siri kartun Doraemon, Shin Chan, Naruto, Hagemaru, dan macam-macam lagi lah..Cuba la tanya kat budak-budak, orang dewasa, warga emas pun kenal kan Doraemon tu apa..Paling tak pun, diorang akan kata ; "Doraemon tu binatang yang warna biru, yang ada poket kat depan tu.." Itu lah antara bukti-bukti kreativiti diorang..Tapi kat Malaysia ni pun apa kurangnya kan..Siri animasi Upin & Ipin tu pun dah meluas kat negara luar..kan? 


Ehh sudah sudah..Sebenarnya kali ni aku nak promote cerita "Lovely Complex"..Keluaran Jepun lah ni..Mungkin dah ramai yang tahu kot pasal kewujudan cerita ni..Aku je yang tertinggal kereta api..Hehh..Aku diperkenalkan dengan cerita ni melalui Kak Zura Rosle , iaitu salah seorang classmate aku yang agak sengal =P Jalan cerita ni sangat menarik..Tak macam cerita tipikal yang predictable..Cerita percintaan yang unik & kelakar..Si perempuan (Koizumi Risa) lagi tinggi daripada lelaki (Atsushi Otani)..Dah lah diorang ni kuat gaduh..Saling mengutuk sesama sendiri..Sebab utama diorang jadi macam tu : masing-masing pernah kena reject dengan orang yang lebih tinggi & lebih rendah dari diorang..(perempuan tinggi kena reject dengan lelaki rendah, begitu jugak lah sebaliknya..) Kebetulan pulak kan..Lama-kelamaan diorang sedar, diorang ni saling memerlukan..Aku asyik tergelak je tengok cerita ni..Kelakar habis kot..Cerita ni bermula dengan komik/anime..Aku tak pernah jumpa lagi komik asal..Aku mintak bantuan Encik G je..Kemudian keluar pulak versi anime pulak..Dan akhir sekali keluar versi Live Action Series..


Ni versi komik punya..
Pelukis asal : Aya Nakahara..
Kalau ada siapa-siapa berminat nak baca, pergi kat 


  



Yang ni pulak versi Anime..
Directed by : Konosuke Uda..
Aku tengok versi yang ni lah..
Copy kat Kak Zura..Tak rugi tengok kalau tengah bosan =)
Kalau korang nak tengok yang ni pulak, pergi kat






Wokeh kita beralih kat versi Live Action Series pulak..
Yang ni pun aku tengok jugak..Search je kat
Best jugak lah, sebab lebih real..



 
 

Teppei Koike sebagai Atsushi Otani..
Ema Fujisawa sebagai Koisumi Risa..

Aku bagi 4.5/5 bintang untuk cerita ni..
So, enjoy watching ok =)


Ehh jap..Ada pesanan sikit dari Encik Teppei Koike @ Atsushi Otani :

-
-
-
-
-
-
-
-
-
-
-
-
-
-
-
-
-
-
-
-
-
-
-



Haha..Sama-sama weh..
Takde hal laa Encik Teppei =)
*adios, wassalam*


.

8 comments:

H Y D E said...

yg live-action ni drama ke movie?

koike teppei smart kan? kenal dia sebab tebgok drama "dragon zakura" & "gokusen 2"... selamat berkenalan

latest: Aiskrim Dari Susu Ibu : Siapa Nak??

kAziShA said...

@ H Y D E :

Movie..tapi sebab tengok kat youtube, cerita pendek-pendek je..Ada 12 episod =)
Yup2, sangat smart..teruja tengok ^_^

♥ kyu said...

haha best ke cite ni?
nnt nk tengok la..

sy suka manga one piece je..
yg len baca follow beyse2 je..hehe

H Y D E said...

kenapa tengok kat youtube. sedut je dari internet... movie ni dah launch kan?

kAziShA said...

@ ♥ kyu :

best =) cuba la tengok..

kAziShA said...

@ H Y D E :


Hehe..saya pun baru je tau pasal movie ni..Sebab dah tak sabar-sabar nak tengok sampai habis, saya terus cari kat Youtube..kat sana je yang cepat & mudah..hihi =)

miss chekleen said...

besttttttttt

Marya Hana . said...

wah. u tgk cite ni jugak?
kelaka ah ppuan ni lagi tggi..
:D

nuff