COUNTER

free hit counter

FOLLOWERS

SPONSORED BY





Saturday, February 12, 2011

RAHSIA

Rahsia.
Salah satu yang sulit.
Selalu membuatkan manusia bingung.
Dan selalu juga membuatkan seseorang itu
Berada dalam seribu satu persoalan.

Semua orang ada simpan rahsia.
Baik mengenai diri sendiri, orang sekeliling,
Tentang perasaan, tentang pelajaran.
Semuanya berkait dengan perjalanan dan liku-liku kehidupan.
Macam-macam rahsia yang disimpan.

Kadangkala ada juga rahsia yang mahu dikongsi.
Perlu dikongsi untuk mengurangkan rasa terbeban.
*Perempuan kebanyakannya.
Dikongsi dengan orang-orang tertentu sahaja.
Yang benar-benar ada di saat mereka memerlukan.
Yang difikirkan mampu menyimpannya dengan rapi dan kemas.
Tanpa perlu dihebahkan kepada umum.
Agar rahsia yang dikongsi tidak merebak kepada yang lain.
Yang tidak perlu dan layak mengetahui. 

Ada juga manusia yang suka menyimpan segala rahsia sendiri.
Tersimpul rapi di dalam kotak hati.
Untuk meluahkan tidak sama sekali.

Semua orang mempunyai rahsia tersembunyi.
Aku yakin dan pasti.
*terdiam



Nukilan Disaat Kebosanan,


3 comments:

Cik Yana said...

wah cik Kazisha. Terbaikla olahan ayat. Eh, lelaki ada jugak rahsia. Tapi selalu kantoi sebab tak pandai jaga. Hahaha~

kAziShA said...

@Cik Yana :

ehehehh..ni kerja-kerja time bosan yang terlampau ni..haah, laki mmg jarang pandai simpan rahsia..hihi

twinscraftlife said...

Hi! please do visit our blog! we sell
purely handmade products such as pouch,
earrings, cards, hp strap, cute items!
쇼핑하시면 더 감사합니다~~^^
http://twinscraftlife.blogspot.com/

nuff