COUNTER

free hit counter

FOLLOWERS

SPONSORED BY





Thursday, February 10, 2011

Semoga Kekal Ke Anak Cucu

Assalamualaiukum & Salam Sejahtera..Rindu ! hee tetiba je rindu nak update..Lately, aku memang sangat sangat sangat tak cukup masa untuk membebel kat sini..Sejak sebelum cuti CNY hari tu lagi..Macam-macam hal besar berlaku dalam hidup aku..Ada yang menggembirakan, ada jugak yang kurang baik..Untuk post yang kali ni, aku nak share sesuatu yang menggembirakan je..Yang lain-lain tu, aku dah save draft, nanti aku post =P

5 Februari 2011 hari tu, satu-satunya kakak aku, (Angah) telah disatukan dengan pasangannya, Abang Mizi..Ini lah kali pertama majlis perkahwinan besar macam ni berlangsung dalam keluarga aku..Alhamdulillah, semuanya berjalan lancar, walaupun ada masalah kecil-kecilan yang tak dapat dielakkan..Tapi masih boleh dimaafkan lagi, sebab ini kan kali pertama untuk kami, persediaan pun tak berapa lengkap lagi..Kiranya jadi pengajaran lah untuk perkahwinan adik-beradik aku yang lain nanti..Masa dalam tempoh persediaan sebelum majlis, aku terliabat dalam buat peta lokasi jalanraya perkahwinan..Aku yang takde pengalaman & baru je belajar ni pun, buat lah dengan tekun (ahaha) maka terhasillah gambar seperti berikut ;

Hoho kelakar kan..

Lepas tu aku buat papan tanda lokasi perkahwinan untuk diletakkan kat tepi-tepi jalan..Yang ni tak susah sangat pun..Pakai photoshop je.. 

Sila ikut kanan

Sila ikut kiri
Sila buat u-turn


Haha macam tu lah..Lepas siap semua persiapan, majlis pun bermula..Ramai sangat tetamu yang datang..Tak putus-putus..Dari kawan-kawan abah, sampai lah kawan-kawan adik aku, semua datang memeriahkan majlis..Antara kawan-kawan abah yang datang, ramai yang aku ingat-ingat lupa dengan diorang, tapi diorang still ingat kat aku..Yela, kan masa kecik-kecik dulu, aku memang sentiasa berkepit je dengan abah..Hehh..Jiran-jiran pakcik makcik yang dah lama tak jumpa pun ada jugak..Kawan-kawan aku pulak, ramai jugak la yang datang..Dari kawan SMKA dulu, sampai lah kawan-kawan kat Teknik dulu..Thanks banyak-banyak ye korang..

Antara hantaran dari pihak perempuan :



Inilah angah sebelum make-up =)


Selepas make-up

Semasa pernikahan :


Semasa persandingan :



Saudara-mara ^_^

 


Sahabat handai ^_^



Hmm begitu lah serba-sedikit (sedikit lah sangat kan!) gambar yang aku dapat share kat sini..Alhamdulillah semuanya berjalan lancar..Aku doakan semoga pasangan ni sentiasa berbahagia hingga ke akhir hayat =)

*adios,wassalam*



5 comments:

Aqila Safuan said...

aammmminnn. semoga berkekalan dgn bahagia !!

kay_are said...

semoga kekal hingga akhir hayat.. x lame g my kakak nye turn lak.. ^^

Shera said...

ekin ble lagi :)

Cik Miza said...

yang saya nampak kat atas tu ft ke?

kAziShA said...

@Cik Miza :

Ehh bukan bukan..tu sepupu saya..Akmal namanye..hehe ^_^

nuff