COUNTER

free hit counter

FOLLOWERS

SPONSORED BY





Wednesday, March 23, 2011

Hukum Menampar Muka - HARAM

Assalamualaikum & Salam Sejahtera..Hari ni aku just nak kongsi satu artikel yang abang aku share kat facebook beliau..Berkenaan dengan hukum menampar muka..Korang semua pernah kena tampar tak? Sepanjang hidup aku setakat ni, aku tak pernah lagi kena tampar kecuali kena tampar yang gurau-gurau dengan kawan-kawan tu..Kiranya tak pernah lagi la kena tampar disebabkan oleh kenakalan aku..(Ciss bunyik macam bangga diri pulak di situ) =.=" Hehh tak ada niat pun ok..Hurm, aku teruskan je lah dengan artikel yang aku jumpa ni..



Hukum memukul muka adalah HARAM walau dengan apa jua tujuan sekalipun, samada dalam hudud, takzir, denda anak, denda anak murid atau tujuan2 yang lain.


Nabi saw bersabda :

( إِذَا قَاتَلَ أَحَدُكُمْ أَخَاهُ فَلْيَجْتَنِبْ الْوَجْهَ ). رواه البخاري (2560) ومسلم (2612) واللفظ له ، وفي رواية له بلفظ: ( إِذَا ضَرَبَ أَحَدُكُمْ ... )
" Apabila sesorang kamu hendak memukul saudaranya (dengan tujuan dibenarkan syara') hendaklah dia menjauhi dari memukul mukanya." - Hadis sahih Bukhari dan Muslim


Imam Nawawi berkata:

هَذَا تَصْرِيح بِالنَّهْيِ عَنْ ضَرْب الْوَجْه ; لِأَنَّهُ لَطِيف يَجْمَع الْمَحَاسِن , وَأَعْضَاؤُهُ نَفِيسَة لَطِيفَة , وَأَكْثَر الْإِدْرَاك بِهَا ; فَقَدْ يُبْطِلهَا ضَرْب الْوَجْه , وَقَدْ يُنْقِصُهَا , وَقَدْ يُشَوِّه الْوَجْه , وَالشَّيْن فِيهِ فَاحِش ; وَلِأَنَّهُ بَارِز ظَاهِر لَا يُمْكِن سَتْره , وَمَتَى ضَرَبَهُ لَا يَسْلَم مِنْ شَيْن غَالِبًا ". انتهى "شرح النووي على مسلم " (16/165) .


Ini adalah tegahan yang jelas terhadap memukul muka kerana;

1. Muka ada anggota lembut serta menghimpunkan segala kebaikan.
2. Anggota yang ada padanya sangat bernilai.
3. Anggota yang ada padanya ada anggota panca indera seperti mata.
4. Pukulan boleh merosakkan anggota penting ini , mengurangkannya, menghodohkannya atau cacat.
5. Kerosakan akibat pukulan di muka tidak boleh disembunyikan kerana ia adalah anggota yang jelas.


Imam Ibnu Hajar asqalani berkata:

وَيَدْخُلُ فِي النَّهْيِ كُلّ مَنْ ضُرِبَ فِي حَدّ ، أَوْ تَعْزِير ، أَوْ تَأْدِيب ". انتهى من فتح الباري (5/183)

" Termasuklah dalam larangan adalah setiap pukulan ke muka ketika dalam hukuman hudud, takzir dan pukulan didikan."


Imam Sun'ani berkata (pengarang kitab subulus salam):

" وهذا النهي عام لكل ضرب ولطم من تأديب أو غيره ". انتهى "سبل السلام" (1/236).

" Pengharaman pukulan dan tamparan di muka ini merangkumi semua keadaaan samada untuk mendidik atau sebagainya."



KESIMPULAN

Oleh itu hendaklah kita menjauhi memukul muka samada kepada isteri, anak, pelajar, orang bawahan atau pun yang lain. Mungkin disebabkan tamparan tersebut, anak-anak atau anak murid semakin nakal dan susah hendak menghafal dan menerima ilmu.


  

K A Z I S H A : Owh begitu rupanya..So, harap-harap lepas ni dah tak de lah orang nak tampar muka aku, kan? Hehh..


Artikel penuh di : SINI

*adios, wassalam*
:)


3 comments:

Internet Marketing said...

saya pun sama tak pernah kena tampar

FAZLINA AZIZ said...

AKU BARU JE MENAMPAR BUAH HATI DEPAN ORANG RAMAI KT KLCC TD :'/ BESALAH GILE.

bungaitucantik said...

lar..yke??tp tumbuk muka org buleh kan??ahahaha

nuff