COUNTER

free hit counter

FOLLOWERS

SPONSORED BY





Monday, March 28, 2011

Kesayangan Kazisha

Assalamualaikum & Salam Sejahtera..Hari ni aku nak kongsi sedikit kasih sayang aku kat sini.

Gelak bahagia.

Jumaat lepas, aku pergi rumah salah seorang kawan aku yang sangat hensem dan kacak. Sila jangan salah faham, beliau adalah seorang lelaki perempuan. Aku ke rumah beliau untuk tujuan menyiapkan Final Project subjek Teknologi Video. Aku sampai rumah beliau dalam lebih kurang pukul 7 malam. Sampai-sampai je kat sana, aku dah tak tentu arah. Aku ni dah la jenis yang tak pandai nak berborak-borak dengan orang ni. Kaku semacam je. Dalam hati aku asyik terlintas perkataan "Awkward Moments" je.  Serius, aku jadi macam orang 'tak ada mulut' kat sana.

Mengeluh.

Malam tu jugak, kami ke destinasi yang telah dirancang. Berada di lokasi penggambaran selama lebih 4-5 jam. Pelbagai gelagat dapat kami lihat sepanjang malam. Ada yang seronok melepak, ada yang enjoy, ada jugak yang mabuk. Ya, MABUK. Pulang ke rumah dalam jam 4 pagi. Keesokan harinya kami ke destinasi yang seterusnya. Kami dapat merakam pelbagai karya yang berasaskan kesenian di sana. Penuh dengan kraf tangan buatan rakyat tempatan. Sempat jugak aku beli sesuatu sebagai buah tangan yang tak seberapa untuk 2 orang yang aku sayang.

Senyum.

Lepas selesai semuanya, abang aku jemput dan bawak aku ke tempat abah, mak dan adik aku. Manchester Family united. Kami menghabiskan masa bersama walaupun tak lama. Semasa aku nak pulang ke kampus, terpancar jelas kerisauan di wajah mereka kerana aku belum pernah balik bersendirian. Syukur, aku sudah selamat sampai ke sini. Mak abah dah tak perlu risau lagi lain kali. Aku dah boleh berdikari.  


Senyap, tersenyum bahagia.




K.A.Z.I.S.H.A : Alhamdulillah, aku memanjatkan kesyukuran di atas segala ketentuan Ilahi yang menempatkan aku di dalam keluarga yang sungguh bahagia ini. Semoga kebahagiaan ini berkekalan hingga ke akhir hayat.



Dan YA, 28 Mac,  SELAMAT ULANG TAHUN KELAHIRAN, emak <3


 

6 comments:

aleen aiden said...

mase 1st taim alin balik ke rumah sewa sendiri pon ketar jugak.smpai sesat barat kat kl central.then tpaksa mintak kwn ambik.hu3

ezlyn :) said...

akak! thnks bagi keychain tu . LAWA SANGAT SANGAT <33 heee , i love yooooou <3 :) THANKS!

IFA Athirah said...

alhmdulillah.. :) http://www.geekintherainbow.blogspot.com/

kAziShA said...

@aleen aiden :


Hehe..saya pun sesat jugak kat kl..Terpaksa kacau kawan-kawan kat rumah sebab nak tanya jalan :p

kAziShA said...

@ezlynn :

Hiks, most welcome <3

kAziShA said...

@IFA Athirah :

Syukur, alhamdulillah :)

nuff