COUNTER

free hit counter

FOLLOWERS

SPONSORED BY





Wednesday, April 27, 2011

Resume + Annyeong !

Adeh~ berdebu sudah blog ni..
*sapu-sapu blog pakai duster.

Assalamualaikum & Salam Sejahtera..Well hello there! 
*sambil lambai-lambai buat style Anwarhadi

Apa pulak aku nak merepek hari ni agaknya. Buat pengetahuan semua, aku sekarang ni sedang berada dalam fasa cuti semester yang tersangat lah panjaaaaaang. Kalau tak cukup jugak, tak tahu lah nak cakap apa. Lepas cuti, aku masuk alam praktikal pulak. Aku baru je selesaikan resume untuk apply kat syarikat-syarikat yang sepatutnya. 


 Harap-harap berjaya lah. Amin~

Minggu lepas, aku terpaksa lah menghadapi saat-saat terakhir aku dengan kawan-kawan aku yang tersayang. Tahun depan, lepas habis praktikal baru lah kitorang dapat jumpa balik untuk teruskan pengajian semester 6 pulak. Lama tu. Konpem rindu punya lah. Ni baru berapa hari cuti pun dah ada rasa rindu kat diorang semua. Aku yakin, nanti aku akan rindu macam-macam. Rindu suasana riuh-rendah kat dalam kelas masa pagi-pagi, Rindu nak lepak kat cafe lama-lama (sebenarnya sengaja nak masuk kelas lambat, tapi nak balik awal), Rindu nak tunggu bas sambil kutuk-kutuk pakcik bas (sebab lambat sangat), Rindu nak memekak menjerit-jerit kat dalam bilik dengan budak-budak yang gila semuanya, Rindu nak merayau ke bilik jiran-jiran sampai tak ingat jalan pulang, Rindu nak sewa bilik karaoke 1 jam. Haha. Memang banyak sangat ! 


Ini antara aktiviti kami sebelum berpisah minggu lepas.


Hurm, buat masa ni aku masih lagi dalam mood bersuka-ria sebab dah lepas dari tekanan assignment dan exam. Duduk rumah macam biasa lah, buang masa depan tv, memekak main rekoder, baca majalah lepas tu sepah-sepahkan (HAHA), dengar lagu, tengok dvd Korea yang bersusun-susun kat rumah ni. Banyak lagi yang belum dikhatamkan. Excited, tapi kadang-kadang tu malas jugak sebab ceritanya panjang sangat -.-'
Kalau nak cerita sekarang ni, payah pulak. Sori ye, untuk entry yang akan datang, aku akan senaraikan cerita yang bersusun-susun tu. 
Ok ? Heh.


kazisha : Oh ya, aku rasa sekarang ni aku dah mula jarang blogwalking sana-sini. Dasar pemalas ! Heh, Takpe, lepas ni aku akan kembali ke rutin biasa aku tu, ok. Terima kasih untuk pengunjung yang sudi datang sini walaupun tak ber'update'. Lepas ni aku akan kembali aktif, InsyaAllah :)


 
*adios, wassalam*

4 comments:

deedee87 said...

HAI... hehe.. cm kenal jer ayat intro 2.. good luck 4 this blog...

kAziShA said...

@deedee87 :

HAI :) hehe kenal kat mana ?
thanks yup ^_^

aza said...

huhu..rndu kan kt membe2..
aza ni lagi laa..dah hbis stdy..rndu gila kt depa, kt suasna stdy
:)

Aida Omar said...

mmg best duduk d hostel..hehe

nuff