COUNTER

free hit counter

FOLLOWERS

SPONSORED BY





Thursday, May 5, 2011

Rekorder

Assalamualaikum & Salam Sejahtera..Kali ni aku nak berkongsi info sikit pasal rekorder. Tahu tak apa itu rekorder? Kat sini ada sedikit penerangan : 



Rekorder atau seruling adalah salah satu instrumen muzik dari keluarga yang dikenali sebagai seruling fipple atau instrumen saluran dalaman seperti yang meliputi peluit timah dan Ocarina. Rekorder adalah alat muzik yang ditiup dari mulut yang dikenali sebagai sebuah blok atau fipple. Hal ini dibezakan dari ahli keluarga yang lain dengan lubang yang mempunyai tujuh jari (yang lebih rendah satu atau dua sering dua kali ganda untuk memudahkan pengeluaran semitone) dan satu untuk ibu jari tangan paling atas. Ini dikenakan dari rekorder yang meruncing sedikit, yang terluas di hujung mulut dan sempit di bahagian atas.

Rekorder ini popular pada abad pertengahan melalui era barok, tetapi menurun pada abad ke-18 yang menyokong  alat-alat muzik orkestra, seperti flute, Oboe, dan klarinet. Rekorder dihidupkan semula pada abad ke-20, dalam mengejar prestasi bersejarah maklumat muzik awal, tetapi juga kerana kesesuaian sebagai instrumen sederhana untuk mengajar muzik dan daya tariknya untuk pemain amatur. Pada masa ini, rekorder sering dianggap sebagai alat seorang kanak-kanak, tetapi ada juga pemain profesional yang menunjukkan kepakaran mereka bermain rekorder pelbagai rentak dan lagu.

Sumber : Wikipedia



Heh. Tiba-tiba aku bersemangat nak buat entry pasal rekorder ni. Mungkin sebab aku ni dah gila sangat tiup benda ni. Semenjak cuti hari tu, aku asyik memekak tiup rekorder ni je lah. Macam-macam lagu aku cuba. Hurm, memang aku boleh main macam-macam lagu, sebab tu aku selalu suruh adik aku sebut lagu apa yang dia nak dengar, lepas tu terus aku mainkan. Kadang-kadang tu, aku baru je tiup intro lagu tu, adik aku dah dapat teka dah lagu apa aku nak main. Dulu masa sekolah rendah memang aku ada belajar main rekorder ni, tapi hakikatnya sekarang ni, aku dah tak ingat langsung note-note muzik tu. Yang aku tahu, bunyinya macam dah familiar dengan aku. Kalau orang suruh mainkan lagu berpandukan note muzik, memang hancur lah. Hoho. Apa yang best pasal rekorder ni ? Mungkin sebab aku rasa aku macam tengah menyanyi kot bila meniup rekorder ni. Semua lagu aku main, kadang-kadang sampai aku tak sedar, aku tertidur masa tiup rekorder tu. Hee. 



Err. Ada sape-sape tak yang berkongsi minat dengan aku ? Aku sorang je ke ? Macam pelik pulak. Hehe

*adios, wassalam*




7 comments:

NasZ said...

main benda alah masa sekolah rendah je..pastu ntah mana letak rekoder ni...huhu...

PEREBUTAN ... PART 4

hans said...

zaman sekolah rendah dulu best sebab macam2 lagu aku main
skrg dah lupa

Khamiza-Khalisha said...

Dulu terer gila main rekoder, skang hampeh,,

BJ said...

dlu blajar kt sek...pastu jd kegilaan dok tiup je...cuba main lagu... pastu dh lama tinggal sb smbung study..skrg kna main blk....nk kna ajar dak2 lak...tgh usaha cari not2 utk main lg...huhuhu

hanany said...

ada lg x info2 pasal recoder?kalo ade.gtau saya.emel sweetperson_35@yahoo.com

reddismerah said...

saya suke main rekoder. chord susah dpt nbak cari takde masa...saya suka main lagu melayu..anyone wants to share..?

reddismerah said...

suka main rekoder ni..terutamanya lagu melayu. nak dpt chord susah gak nak cari takde masa..anyone nak share? jom!!

nuff