COUNTER

free hit counter

FOLLOWERS

SPONSORED BY





Saturday, May 14, 2011

Review - Secret Garden (Korean Drama)

Assalamualaikum & Salam Sejahtera..Fuhh dah boleh menarik nafas lega sebab baru berjaya login blogger. Sebelum ni under maintenance katanya. Alhamdulillah tak ada apa-apa masalah kat blog aku. Jadi, secara automatiknya,tangan aku dah gatal-gatal nak meng'update' ni. Ok, aku isikan entry kali ni dengan apa yang aku pernah janjikan dalam entry yang lepas-lepas. Aku cakap, aku akan buat sedikit review pasal Korean Drama. Err, harap-harap tak ada yang bosan atau menyirap dengan drama Korea ni. Sebab aku rasa, tak semua orang suka atau boleh masuk kepala dengan drama-drama ni. Hee, apa-apa pun, drama yang terpilih kali ni adalah SECRET GARDEN. 


Senarai pelakon utama & wataknya :

* Hyun Bin sbg Kim Joo Won
* Ha Ji Won sbg Gil Ra Im
* Yoon Sang Hyun as Choi Woo Young/Oska (Sepupu Joo Won)
* Kim Sa Rang sbg Yoon Seul
* Lee Philip sbg Im Jong Soo
* Lee Jong Suk sbg Han Tae Ssun


Sinopsis yang diedit dari DramaWiki :
Drama menceritakan tentang Kim Joo Won (Hyun Bin), seorang CEO yang sombong dan bongkak yang mempertahankan kesempurnaan dalam hidupnya, dan Gil Ra Im (Ha Ji Won), seorang stuntwoman miskin dan rendah diri serta sangat menghormati orang lain. Mereka bertemu secara kebetulan, ketika Joo Won mencari seorang artis bernama Park Chae Rin. Joo Won menyangkakan bahawa Ra Im adalah pelakon yang dicari, kerana pada masa itu, Ra Im sedang menjadi stuntwoman untuk pelakon yang dicari tersebut. Bermula dengan hubungan pertengkaran yang agak ganas, sehinggalah berlaku konflik apabila Joo Won cuba untuk menyembunyikan perasaannya terhadap Ra Im tetapi tidak berjaya. Dengan itu, Joo Won selalu saja mengganggu ketenteraman hidup Ra Im. Untuk menambahkan lagi masalah yang sedia ada, mereka seakan-akan menerima sumpahan dengan satu kejadian tertukar badan.


Ok, pada pendapat aku sendiri lah kan, cerita ni memang sangat best, dan berjaya menandingi cerita He's Beautiful yang aku sangkakan drama Korea paling best pernah aku tengok sebelum ni :p Mula-mula aku ingatkan cerita ni tak best sebab hero & heroinnya tak berapa famous kat sini. Hee, tapi bila aku tengok cerita ni, episod pertama je pun dah buat aku tergelak je gelagat diorang. Cerita ni macam ada unsur-unsur fantasi sikit (bila terkena sumpahan tertukar badan tu), tapi aku tak kesah sangatlah semua tu. Memang tak masuk akal, tapi nak buat camne kan,nama pun drama. Hehh. Lelaki yang sombong tu tiba-tiba bertukar jadi perempuan, memang geli hati aku tengok. Yang perempuan tu bila jadi watak lelaki, tak nampak apa-apa effect sangat, sebab sebelum tu pun memang watak dia dah ganas dan kasar.

Ni masa diorang dah tertukar badan.
(Tengok lah cara duduk tu -.-")

 

Aku ambil masa 3 hari je untuk habiskan 20 episod cerita ni, sebab excited punya pasal. Haha. Ok lah, apa yang boleh aku cakap, kepada kipas-susah-mati drama-drama cinta, korang boleh lah layan cerita ni sebab korang akan bergelak ketawa sambil menikmati babak-babak cinta yang sweet dan tempat-tempat yang mamang sangat cantik dan indah kat sana. Hehh :p


*adios, wassalam*

  

14 comments:

Tauke Budu said...

haha....tauke budu pun layan citer ni...
best3

SYAFIQAHSALEH said...

best gle cte nie..tak yah ckp :D

^ai-mie : 아이-미^ said...

joo woon sangat comel bila die tertukar jadi ra im.. and sangat suke bile dia jadi joo woon sebab macho dan tegas. ra im so macho buat aksi stunt and suka jugak watak yang jadik gay tu... wee~

hans said...

best ekk?
nanti nak usha la kalau ada masa

Analisis Hans : Maharaja Lawak Episod Ketujuh

cikDfiey said...

cikDfiey habeskan dalam masa sehari jee ^_^ hehe ~

kAziShA said...

@Tauke Budu:

Best kan? hehe

kAziShA said...

@SYAFIQAHSALEH :

Sangat :)

kAziShA said...

@^ai-mie : 아이-미^ :


Betul2 :) Diorang memang sangat comel :p

kAziShA said...

@hans :

Yup2, serius best..tak rugi tengok :)

kAziShA said...

@cikDfiey :


Woah ! 1 hari je ? hehe dahsyat2 :p

NURUL NAJWA said...

cter ni best!!! sgguh!! :D

CN said...

3 hari? lama sangat tu..nak berlagak ni, i habiskan citer ni sehari semalam..tak tido, tak off lappy..naseb baik tak meletop.. bestkan citer ni

kAziShA said...

@NURUL NAJWA :

setuju :)

kAziShA said...

@CN :

Haha..dahsyat sangat tu ! Memang best gila kan ;P

nuff