COUNTER

free hit counter

FOLLOWERS

SPONSORED BY





Sunday, May 1, 2011

Zahiril Adzim - Shera Aiyob


Assalamualaikum & Salam Sejahtera. Memandangkan hari ni merupakan 1 Mei, aku nak cerita sikit pasal pasangan artis yang sama cantik dan sama padan iaitu Zahiril Adzim & Shera Aiyob.

 
 ZAHIRIL ADZIM


Zahiril Adzim lahir pada 1984 ialah seorang pelakon Malaysia yang bergiat aktif dalam bidang perfileman, TV dan teater. Antara filem lakonan beliau ;

1) KAMI The Movie
2) Gadoh
3) Karaoke
4) Senjakala

Telefilem :
1) 100 Hari Jadi
2) Abam

Siri TV :
1) KAMI : The Series
2) Merah Putih
3) Ghost
4) Lembing Dan Layang
5) 6 Progresif
6) Juvana



Beliau ni pernah dapat award Pelakon Harapan Lelaki Terbaik di Festival Filem Malaysia ke 22, manakala semasa Shout Awards 2009, beliau tercalon dalam kategori Aktor Lelaki Kacak Pilihan & Pasangan Layar Terbaik (bersama Liyana Jasmay).

Sumber : Diedit sedikit dari Wikipedia


Aku salah seorang peminat ZA ni dari dulu lagi, masa dia berlakon cerita KAMI. Walaupun dalam cerita tu dia bawak watak jahat! Hee. Sempoi je dia ni, jenis yang low profile. Sebab tu lah bila aku bercakap pasal dia ni dekat kawan-kawan aku, semua macam blurr-blurr ayam je, tak berapa kenal sangat. Jarang aku dengar gosip-gosip atau kontroversi yang dia buat. Aku spot ZA ni kat dalam muzik video Ana Raffali. Lagu "Hujan Bunga Di Kuala Lumpur" & "Tolong Ingatkan Aku." Dan ZA jugak ada muncul sebagai pembantu dalam persembahan yang mengangkat Ana Raffali sebagai Juara Lagu 2010. ZA ni merupakan seorang blogger yang agak aktif dan aku pulak adalah salah seorang pembaca tegar blog dia. Jarang aku miss baca entry-entry kat dalam tu. Hehh. Biasanya kandungan blog dia semuanya berunsurkan seni dan sastera. Gaya bahasa yang dia gunakan pun best. Trademark yang paling aku ingat kat blog dia ; "Untuk kawan-kawan yang kita SUKA". Mendalam sungguh maksudnya kan ?


SHERA AIYOB



Nama Sebenar : Nur Syahirah bt Aiyob
Nama Komersial : Shera Aiyob
Tarikh Lahir : 21 Disember 1986
Asal : Ipoh, Perak
Pendidikan : Diploma Pengajian Media, MIIM, Kuala Lumpur
Karier : Pengacara & Pembantu Penerbit
Program : Kapsul My TV3 & Wanita Hari ini (TV3)
Pencapaian : Model iklan, pelakon filem Sesuatu Yang Tertinggal dan Karak


Wokeh kalau nak cerita pasal Shera Aiyob ni pulak, aku memang suka. Dia lah satu-satunya personaliti TV wanita yang aku suka sangat tengok. Sopan je orangnya, manis pulak tu. Aku sampai boleh bertikam lidah kot dengan adik aku sebab nak sokong Shera Aiyob ni. Hehh. Kalau dulu, aku pernah dengar pasal Shera ni dengan pelakon Kamal Adli & Shahz Jaszle. Agak heboh jugak la ceritanya. Tapi, tak lama pun. Hurm, sekarang ni aku agak excited tunggu filem Karak keluar, sebab Shera ni ada :p Haiyaa obses semacam pulak rasanya >_<

Ok2, berbalik kepada tujuan asal, sebenarnya aku saja nak ucap tahniah kat diorang berdua ni sebab hari ni, 1 Mei 2011 adalah tarikh petunangan diorang. So sweet kan? Haha. Diorang memang sepadan :) Aku doakan semoga mereka berbahagia sampai bila-bila, jangan sampai putus di tengah jalan pulak. Aku boleh katakan, pasangan ni merupakan pasangan yang paling direstui oleh aku. Haha.


Semoga semuanya berjalan dengan lancar. Amin..

*adios, wassalam*

Credits : Encik Google


3 comments:

Anonymous said...

Hanya ingin mengatakan apa blog besar Anda tiba di sini! Saya telah sekitar untuk cukup banyak waktu, tapi akhirnya memutuskan untuk menunjukkan apresiasi saya dari pekerjaan Anda! Thumbs up, dan tetap pergi!

kAziShA said...

@Anonymous

woah..thanks a lot ^_^

ummu hasni said...

Wow dear...suka baca ur entry coz me pon suka sheira ayob tu..chomell sgt..!

http://ummieshop.blogspot.com/ ; cuci2 mata joms

nuff