COUNTER

free hit counter

FOLLOWERS

SPONSORED BY





Sunday, June 12, 2011

Bercuti Di Langkawi

Assalamualaikum & Salam sejahtera. Kali ni aku nak kongsi cerita aku kat Langkawi baru-baru ni. Mentang-mentang lah tengah syok cuti panjang, asyik merayau je aku sekarang ni. Habis tertangguh niat nak cari kerja part-time. Hehh. Apa-apa pun, jom layan gambar-gambar ni ;



Ini gambar Jeti Kuala Perlis. Sebelum naik feri ke Langkawi.
Note : Rumah kakak aku kat Kuala Perlis.


Ini adalah abah tersayang ^_^
Ni sebelum bertolak naik feri ke Langkawi. 
Kami pergi dua family ke sana, dengan family pakcik aku sekali.


Abah dan adik aku, Ain.
Yang baju kurung hijau belakang tu, kakak aku.


Adik aku sekali lagi, bersama emak kat dalam feri.


 Ok, LANGKAWI edi.

Lepas satu jam perjalanan, sampai jugak kat sana. Satu hari tu lepak-lepak kat hotel & merayau-rayau keliling pekan Kuah je. Hari berikutnya baru mulakan pengembaraan kat laut. Hee, aku agak excited di sini, sebab aku ni memang menikmati gila lah suasana yang berkaitan dengan laut, tambahan pulak kat tengah-tengah laut macam ni. Kami sewa private boat kat Family Island Tours Cruisine. Kami dibawa jalan-jalan sekeliling pulau Langkawi menaiki bot seperti yang berikut :



Ada seorang pemandu bot pelancong yang handle bot ni. Serius, aku tak expect langsung bot ni akan melompat-lompat dengan tingginya masa kat tengah laut tu. Sampai adik sedara aku pun hampir menangis sebab terkejut. Feeling dia memang tak boleh nak sangkal lah kan, dengan angin laut yang memang superb! Hee, nampak tak, over-excited di sini -.-


Kami dibawa ke tiga pulau yang berlainan, setiap satu pulau, kami akan ditinggalkan (untuk menikmati pemandangan indah kat situ) selama lebih kurang satu jam. Masa kat pulau yang pertama iaitu pulau yang diberi nama Pulau Beras Basah, family pakcik aku siap sempat mandi laut lagi. Pemandangan kat situ memang tak payah cakap lah, terbaik.

Lagi sekali, adik aku.

 Pemandangan laut memang super cool

Oh ya, monyet dan sekutunya bebas berkeliaran kat situ. Siap curi makanan orang lagi -.-


Lepas satu jam kat pualau yang pertama, kami dibawa ke pulau yang seterusnya, iaitu pulau di mana burung-burung helang terbang rendah untuk makan. Menurut si pemandu pelancong, helang tu semua makan kulit ayam.


Okeh, seterusnya kami ke pulau yang terakhir, iaitu Pulau Dayang Bunting. Si pemandu pelancong tu tunjuk bentuk pulau yang terbentuk dan menyerupai seorang perempuan yang mengandung sedang terbaring. Agak teruja jugak lah, sebelum ni aku tengok kat internet je. Memang sebijik macam yang digambarkan. 

Kat situ, ada lah cerita sikit sejarah pasal Dayang Bunting ni. Cerita dongeng. Aku ingat-ingat lupa la pulak, tapi yang aku pasti, anak yang dilahirkan dayang tu mati tujuh hari selepas dilahirkan. Dayang buang mayat anak dia tu kat pulau tu lah. Betul @ Tidak, wallahua'lam. 

Haa, nampak tak tu? Kepalanya di sebelah kanan.


Lepas tu, kami dibawa ke Tasik Dayang Bunting pulak. Kat sini ada air tawar, tempat orang mandi-manda, menyelam, rendam kaki bagi ikan makan, dan ada jugak bot solar/kayuh. Oh ya, kat sini lagi banyak monyet ganas yang suka curi makanan, dan aku adalah salah seorang mangsanya. Cis, sengal punya monyet -.-


 Monyet/peragut yang dimaksudkan

 Sempat main bot kayuh-kayuh, tapi tak sampai 30 minit, kepala dah ting tong sebab mabuk. Tapi yang peliknya,, masa naik feri, bot, takde pulak nak mabuk laut. Haishh.

Family pakcik aku mandi-manda kat tasik tu.

Anyway, aku memang enjoy gila percutian kali ni. Laut oh laut~ Hee.

Rindu geng-geng sengal aku, sampai conteng kat tepi pantai

♥ ♥ ♥


*adios, wassalam*



2 comments:

b a r | n e said...

..dah lama tak pegi Langkawi, tahun ni target nak pegi sana :)

Amsyahril Syahril said...


Assalamualaikum Tuan/Puan.

Saya mohon maaf pada Tuan/Puan untuk boleh iklan sedikit disini, semoga kebaikan hati Tuan/Puan untuk memberi izin iklan ini, menjadi amal ibadah disisi Allah SWT hendaknya amiin….

Salam dari Kita Holidays Travel & Tour Indonesia.
Kalau Tuan/Puan nak melawat ke Indonesia, jangan risau hati sila hubungi :

KITA HOLIDAYS TRAVEL & TOUR INDONESIA
Tour operator & Travel Agency

Sebuah serikat yang punya legalitas di Indonesia, memberikan pengkhidmatan tour ground handling di beberapa daerah yang favorit untuk di lawati. Kami arrange secara profesional dan dengan penuh rasa kekeluargaan, juga dengan harga tour yang sangat berpatutan sekali seperti ke : Padang dan Bukittinggi Tour, Aceh Tour, Medan Tour, Jakarta dan Bandung Tour, Jogjakarta Tour, Bali Muslim Tour dan sewa kenderaan.

Contact person : Amsyahril
Mobile : +6285263007445 ( WhatsApp )
E-Mail : am_holidays@yahoo.com / kita_holidays@yahoo.com / kitaholidays@yahoo.com.



nuff