COUNTER

free hit counter

FOLLOWERS

SPONSORED BY





Wednesday, June 1, 2011

Himpunan Sejuta Belia Malaysia 2011

Assalamualaikum & Salam Sejahtera. Kali ni aku nak kongsi serba-sedikit tentang Sambutan Hari Belia Malaysia 2011 yang berlangsung kat Putrajaya (27 Mei- 29 Mei) . Aku pergi sana pun hari kedua je. Aku sampai sana dalam pukul 2.30 petang agaknya. Sebelum tu, hujan turun agak lebat jugak lah. Nasib baik masa aku sampai tu, hujan dah berhenti.


Huh, sampai-sampai je, tengok ramai gila lah manusia kat sana. Tiba-tiba orang ramai terjerit-jerit. Ingatkan sebab apa, rupanya sebab Super Junior M baru sampai kat situ untuk sesi rehearsal. Kereta diorang parking kat sebelah aku je kot. Kat bahagian sebelah kanan pentas. Jarak kereta tu dengan aku ada lah lebih kurang 5 meter je. Kalau capai dengan tangan pun boleh. Wahaha. Kiranya dapat lah pengalaman tengok diorang depan mata secara live baru turun dari kereta. Heh, excited jugak lah masa tu. Ye lah, dahla datang lambat, tiba-tiba je dapat peluang macam tu pulak. Padahal kat pentas depan sana tu lagi ramai yang beratur tunggu diorang sampai.


Ok, lupakan kejap pasal Suju-M tu, lepas tengok diorang rehearsal sekejap, aku pun mula lah berjalan-jalan sekitar kawasan tu. Jauh jugak lah aku berjalan, singgah satu booth ke satu booth. Tapi yang paling best, aku tengok sukan extreme kat situ. Paling lama aku lepak kat Event Parkour. Memang style gila lah budak-budak tu. Tapi, aku terlupa pulak nak capture gambar budak-budak parkour tu.

Lepas je event parkour tu habis, aku bergerak kat event extreme yang seterusnya, Rollerblade Jumping. Yang ni pun style jugak. Ada yang jatuh tersungkur, sampai koyak-koyak seluar pun ada. Tapi memang respect gila lah kat diorang. Tak semua orang boleh buat macam tu.

Antara gambar-gambar peserta Rollerblade Jumping beserta skill masing-masing.


Event Rollerblade ni berlangsung serentak dengan ketibaan Dato' Najib sebelum beliau mulakan upacara perasmian Perhimpunan Sejuta Belia ni.


Ni pulak masa perasmian Dato' Najib tu. Satu je yang sempat aku snap.


Wokeh, ni cerita malam pulak. Macam yang semua orang tahu lah kan, ada konsert artis tempatan & Super Junior M. Belia-belia semua memang tak tahu penat tunggu Suju M tu datang. Ada yang tunggu kat situ sejak tengahari. Padahal Suju tu mula pukul 10 malam. Bayangkan lah semua orang bersesak-sesak kat situ. Dah nama pun konsert free kan. Apa yang aku perhatikan, ada yang pengsan, sesak nafas, nak pitam lah. Memang macam-macam hal. Selain tu, orang-orang sekeliling semua sibuk bercerita pasal k-pop. Ada yang plan nak pergi konsert sama-sama, ada yang bergosip pasal group-group Korea >_<

Ini baru sebahagian je daripada mereka yang sanggup tunggu Suju M tu selama berjam-jam


 
Dari kiri ; Ryeowook, Henry, Sungmin, Translator, Serena C, Eunhyuk, Kyuhyun, Zhou Mi

Berinteraksi dengan peminat

Ryeowook's Solo Performance

 
Eunhyuk's Solo Performance. Menari dah macam Micheal Jackson pulak

Masa konsert tu, anggota Suju M ni semua belajar sebut perkataan "SAYANG". Wah3x, seronok betul diorang sebut, sampai ulang banyak-banyak kali. Kelakar pun ada, lagi-lagi bila Serena C (host) tu cakap Eunhyuk tu manja kat atas pentas. Malu-malu kucing pun ada gak aku tengok dia tu. Tersenyih-sengih.

Konsert diorang habis lebih kurang pukul 11 lebih rasanya. Apa-apa pun, tahniah kepada pihak kementerian sebab berjaya tarik ramai belia datang ke perhimpunan tu. Taktik bawak Suju datang sini memang berhasil.
Aku datang sebab nak tengok Sungmin ni je. Puas hati gila lah. Heh.

Thanks to JOSHUAONGYS
*adios, wassalam*

8 comments:

Adam said...

amboi...gambar suju bukan main banyak. hehe. btw nice! aku pun pg jgk..tapi waktu last day la. hehe

jemput singgah. http://jamputih.blogspot.com/

hamidah sholihin said...

hohoho,minat gle kawan aku nih..tahniah2,dpt tgk..

kAziShA said...

@Adam

Hehe gambar suju kena banyak sebab susah nak dapat :p
Owh hari last tu tak dapat pegi pulak..huhu

kAziShA said...

@hamidah sholihin

Hahah..aku pegi ngan maz weh..jgn tak caye :p

Pendekar melayu said...

http://ytvmalaysia.blogspot.com/2011/05/super-junior-m-meet-malaysian-fans-hbn.html

CN said...

hari tu xde org teman..my kyuhyun :) makin comel la dier

kAziShA said...

@Pendekar melayu :


Thanks ! Puas hati dapat tgk HD version :)

kAziShA said...

@CN :

Boleh tahan la comel :) Dia sangat pemalu & paling mencuit hati hari tu ^_^

nuff