COUNTER

free hit counter

FOLLOWERS

SPONSORED BY





Friday, June 17, 2011

Showdown 2011 - ROKUSTEPS

Assalamualaikum & Salam sejahtera. Kali ni aku nak bercerita pasal Showdown anjuran 8TV ni. Kalau Showdown musim yang sebelum ni semua orang dah sedia maklum kot tentang kemenangan krew b-boy yang diberi nama "Wakaka Crew" tu. Siapa tak kenal Alam tu kan. Kecik-kecik cili padi. Memang style habis kat atas stage bila menari. Tapi sekarang ni aku bukan nak cakap pasal musim yang dah lepas tu. Aku nak cakap pasal Showdown 2011.


Daripada banyak-banyak krew yang mencuba nasib untuk join Showdown 2011 ni, hanya 12 krew sahaja yang berjaya terpilih ke peringkat seterusnya iaitu 

1) ROKUSTEPS
2) BLAZIN SQUAD
3) BORNEO CREW
4) BOUNCE STEPPERZ
5) DEJAVU BREAKERZ
6) E.G.S MONSTER
7) ELECOLDXHOT
8) FORCE 136
9) HMC PHLOW
10) PANIC
11) SOULUTION
12) STEPHOLIC

Wokeh dalam ramai-ramai tu, aku nak fokuskan kat satu krew ni. Tengok tajuk entry lah kan. Heh. Aku nak cerita sikit pasal ROKUSTEPS CREW. Salah satu sebab utama aku fokus kat krew ni adalah sebab cousin aku, Wan Faiz ada kat dalam tu.

Senang je nak tau dia tu yang mana satu. Depan sekali tu.
Dia lah yang membuatkan mak dengan abah aku tengok Showdown. Abah siap suruh vote banyak-banyak lagi.Oh ya, nenek aku pun join sekali tengok cucu dia breakdance.


"Roku" bermaksud "6" dalam bahasa Jepun. Jadi bila ditambah "Steps" kat belakangnya, jadi lah 6 STEPS yang bermaksud pergerakan asas dalam seni breakdance. *Info ini diperoleh daripada pengacara SD, Hafiz.

Untuk pengetahuan, sekarang ni dah tinggal 5 krew je kat Showdown 2011 ni termasuk Rokusteps. Syukur alhamdulillah, walaupun dah beberapa kali tergolong dalam Bottom 4 (kerana kurang mendapat undian audiens), minggu ni Rokusteps berjaya menunjukkan pergerakan tarian yang kreatif dan lincah diorang masa battle dan performance sekaligus dinobatkan sebagai persembahan terbaik oleh juri-juri. Tahniah ye :) 




Apa-apa pun, aku doakan perjalanan Faiz & geng-geng Rokusteps dalam Showdown 2011 akan berterusan hingga ke final. All the best yaw :)


*adios, wassalam*


1 comment:

Azlan Hasan said...

although aku not die hard fans of rokustep tapi aku suka dorang ini..hehe..very talented young boys..aku pernah predict dorang top 5 aku dulu..hehe..and they make it to top 4..hehe..

Regards,
-Strider-

nuff