COUNTER

free hit counter

FOLLOWERS

SPONSORED BY





Sunday, July 3, 2011

Beast (B2ST) Fan-Meeting Asia Tour - Malaysia 2011

Assalamualaikum & Salam Sejahtera. Selamat berhujung minggu semua. Entry kali ini nak saja nak membuang masa yang sedia terluang di hujung-hujung minggu ni. Oh ya, sekarang ni still ada rasa excited lepas balik dari Fan-meeting Beast/B2ST Jumaat yang lalu. Kalau rujuk kat dua entry aku yang sebelum ni, iaitu MTV World Stage Live In Malaysia 2011 dan jugak #2 Wordless Wednesday , aku ada perkenalkan serba sedikit tentang kumpulan B2ST ni. Untuk entry Wordless Wednesday tu, lelaki bermata sepet yang main kelip-kelip mata itu merupakan salah seorang daripada ahli kumpulan B2ST. So, maksud tersirat yang sebenarnya adalah aku nak gambarkan perasaan  nak tengok diorang perform live kat depan mata untuk pertama kalinya. Heh. Aku pun tak tahu macam mana boleh layan budak-budak B2ST ni. Mungkin sebab selalu tengok variety show diorang kot. Harap-harap takde lah follower blog ni yang tension dengan entry-entry k-pop yang berturutan ni. Rasa bersalah jugak di sini. Hee, tapi memandangkan dah separuh jalan ni, aku teruskan jugak ye.

  Fan-meeting promotion

Seperti yang tertera, aku gerak ke sana tengah hari tu. Sampai sana, ronda-ronda dalam Sunway Piramid dulu. Dah petang sikit baru lepak kat Sunway Lagoon. Orang memang ramai lah, lebih 5k. Kuat jugak pengaruh B2ST ni -,- Apa yang membuatkan aku respect pada hari tu adalah, event ni start tepat pada waktunya. Tak macam yang lain, biasanya kan terlambat sikit lah, macam-macam hal. B2ST masuk stage untuk intro dengan skill tarian diorang yang memang energetic, membuatkan penonton naik gila kat situ.


Lepas intro, ada talk event iaitu perkenalkan diri masing-masing. Diorang cakap Bahasa Melayu ok. Walaupun pelat. Bila ditanya tentang perkataan BM yang lain yang diorang tahu,masing-masing sebut makanan je, (Laksa, Satay, Durian). Sedap sangat kot makanan Malaysia.

Dua budak nakal yang bikin kecoh (YoSoeb & Dongwoon)

Agak pasif sikit malam tu (Hyunseung & Junhyung)

Great leader (Doojoon)

Precious eye smile (Gikwang)
[Dia ni lah yang menyebabkan aku ada kat situ]

 Antara babak-babak menarik sepanjang event

Kesimpulannya aku memang speechless masa event tu. Macam-macam perasaan ada. Yang penting, persembahan diorang memang cukup rasa. Persembahan diorang memang awesome walaupun kesemua diorang ni agak kepenatan sebab baru sampai Malaysia pukul 4 pagi tu. Beast ni salah satu Idol group yang superb dan mungkin akan bertahan lama. Lagipun diorang sekarang ni memang sedang berada di puncak populariti kat Korea & negara-negara international yang lain. Beast Asia Tour yang pertama ni berlangsung di negara-negara Asia yang terpilih bermula dari Malaysia, Singapura, Thailand, Jepun, Taiwan & China. Semoga Tour mereka yang pertama ni berjalan dengan jayanya :)


Beast said : "So Beast! Kamsahamida"

Thanks to all the awesome HD photos.

Sources :


*adios, wassalam*


4 comments:

ciknamr said...

waaaaaaaaaaaaaaaa teruja! pergi sana mesti syioookkk kan kan kan.. alahaii cikna peminat beast.. apa kan daya, tak dpt pergi.. sadis gila.. tgk dorg dlm tv je la... :((

kAziShA said...

@ciknamr

Hehe jangan sedih cikna..Next time ada lagi..MTV World Stage nanti pun diorang ada jugak :)

Hans said...

wah
sapa minat korea kenal la nih kan

Juvana Episod 11

kAziShA said...

@Hans :


Haha betul2..Tak semua kenal ni..Sebab tu rasa bersalah je nak share kat sini :P

nuff