COUNTER

free hit counter

FOLLOWERS

SPONSORED BY





Wednesday, August 17, 2011

Perihal Praktikal

Assalamualaikum & Salam Sejahtera. Rasa macam dah berabad aku tak update blog ni selain entry-entry #Wordless Wednesday. Hari ni aku nak update jugak,tak kira apa jadi pun. Untuk pengetahuan, sekarang ni dah masuk minggu ketiga aku menjalani hidup sebagai pelajar praktikal kat RTM cawangan Angkasapuri ni.


Sekarang ni pun aku kat office, disebabkan hari ni aku belum dapat kerja lagi, jadi aku pun ambil peluang ni untuk bermanja-manja kejap dengan blog ni. Encik Nuff pun banyak yang dah merajuk jadi BE. Sedih je. Tapi takpe lah, sambung balik cerita RTM ni. Aku ditawarkan praktikal kat bahagian Media Digital Interaktif. Kat sini aku ditempatkan kat Unit RTM Online, maksudnya aku terlibat dalam kerja-kerja untuk bahagian Online, contohnya bahagian website design. Aku banyak buat corporate banner untuk cerita-cerita yang bakal ditayangkan je sekarang ni. Kalau ada yang agak-agak nak semak hasil kerja aku yang baru di tahap beginner ni, boleh lah rajin-rajinkan diri melawat website RTM iaitu kat http://www.rtm.gov.my. Haha promote pulak dah.


So far, sekarang ni aku banyak jugak belajar dengan lebih mendalam lagi tentang design yang berkualiti dan design untuk tujuan rasmi. Staf kat sini semua ok, boleh get-along jugak. Kat sini ada jugak student praktikal lain dari politeknik. Semuanya umur lebih kurang aku je. Perangai semua boleh masuk kepala la bak kata orang. Oh ya, student dari kampus aku ada lagi 3 orang bersama-sama aku kat sini, tapi ditempatkan kat department lain-lain kecuali kawan aku yang tengah duduk kat sebelah meja aku sekarang ni, Aishah. Lagi 2 orang kat department RTM TVi dengan dekat department Promo TV kat bangunan Wisma TV iaitu Miera & Hamidah. Diorang berdua ni dah memang kawan sebilik aku masa kat hostel dulu, dah kenal sangat dah perangai masing-masing. Kami semua boleh dikatakan tergolong dalam golongan otak yang tak berapa nak betul sangat. Syukur jugak ramai kenalan kat sini, sekurang-kurangnya takde la aku takut sangat nak bawak diri kat sini.


Semoga kami semua dapat mempelajari sesuatu yang baru dan dapat kumpul pengalaman berharga sepanjang menjalani praktikal kat sini. Doa-doakan ye! :)



*adios, wassalam*


3 comments:

shafiqabdshukor said...

wah dahsyat tu..
design2 banner..
ad x hasil ko dh masok TV...
heheehe

Aida Azryn said...

wow praktikal kat rtm! 0.0

putry arisa said...

hebAt.. hihihi...
rtm angkasapuri ea.. knal my uncle x?? di pon keje kt situ.. but.. i lupe la di departmennt ape.. have are nice work k.. =)

nuff