COUNTER

free hit counter

FOLLOWERS

SPONSORED BY





Monday, September 12, 2011

CHUSEOK -- Perayaan Tradisi Rakyat Korea

Assalamualaikum & Salam Sejahtera semua. Tiba-tiba terasa macam nak buat entry pasal informasi pulak kali ni.  Aku nak kongsi sedikit maklumat berkaitan salah satu perayaan yang dirayakan oleh rakyat di Korea, iaitu perayaan yang dinamakan "CHUSEOK".


Chuseok boleh dikenali dan disebut jugak sebagai 'Hari Kesyukuran Korea', 'Hangawi', 'Jungchujul', atau 'Gabe' dan disambut pada bulan terang penuh tahun ni, yang berlaku pada pertengahan bulan Ogos pada kalendar lunar. Tidak macam kat negara-negara Barat, Korea masih lagi menggunakan kalendar lunar untuk tarikh-tarikh penting, jadi banyak cuti mereka berpusat di sekeliling bulan setiap tahun.

  
Untuk tahun 2011, Hari Chuseok jatuh pada 12 September. Chuseok pada asasnya meraikan hasil tuaian yang baik, sebab sekarang ni memang musim bijiran dan buah-buahan yang ditanam sangat segar untuk proses penuaian. Untuk meraikan setahun pertanian yang berjaya, kesemua ahli keluarga akan pulang ke kampung halaman nenek moyang mereka, di mana mereka akan berpakaian dalam pakaian tradisional, memasak makanan yang lazat, dan memberi penghormatan kepada nenek moyang mereka. Kalau orang Melayu, kkranya perayaan ni lebih kurang macam Hari Raya Aidilfitri la. 

Tapi bukan setakat tu je, macam-macam lagi tugas yang diorang semua kena laksanakan mengikut kepercayaan diorang, dah jadi kewajipan diorang la. Lain-lain ada permainan tradisional termasuk gusti, pertempuran lembu (ala-ala laga ayam tu kot) , tarik tali, dan memanah.

Selain tu jugak, salah satu makanan tradisi yang wajib ada setiap kali perayaan ni adalah Songpyeon. Songpyeon adalah salah satu makanan dibuat daripada beras yang baru dituai. Ia pada asasnya kecil, berbentuk bulan sabit  yang mengandungi sama ada kacang merah, buah berangan, bijan serbuk, atau hanya coklat gula.


Dan ini pulak antara artis-artis dan selebriti Korea yang berpakaian rasmi tradisional sempena "Hari Chuseok" tahun ni ;

 BEAST/B2ST

 
4MINUTE


A-PINK

 KARA

MBLAQ MIR & KAKAKNYA

 FT ISLAND


Alrite guys, that's all ^^
Full credits to http://www.allkpop.com/

*adios, wassalam*




3 comments:

Pendamba Mawar said...

owh faham2..hehee.:P

rara pinkmafia said...

wahhh peminat kpop ni.

ade2mama said...

kte bleyh kew mkn mknn dorg eyh??? hehe
mcm sdap jo

nuff