COUNTER

free hit counter

FOLLOWERS

SPONSORED BY





Friday, September 23, 2011

Emosi

Assalamualaikum & Salam Sejahtera. Jom hayati kejap ;


"Wahai saudara saudari sekalian, setiap individu di anugerahkan Ilahi dengan perasaan atau emosi. Ahli psikologi telah sekian lama mengkaji berkenaan dengan kecerdasan emosi (EQ) yang mana kini saya rasakan EQ sudah dapat menyaingi kecerdesan intelek (IQ).

Goleman yang memplopori kajian bekenaan dengan EQ memberi jaminan bahawa orang yang mempunyai IQ semata-mata belum tentu berjaya dan bahagia hidup bersosial dengan masyarakat.

Orang yang mudah terasa hati atau sensitif berkemungkinan tidak dapat mengawal EQ yang Allah SWT anugerahkan kepadanya. Salah satu cara meningkatkan EQ ialah dengan membaca bahan-bahan yang berkaitan dengan EQ.

Dalam situasi yang menyebabkan kita terasa berpunca daripada orang lain, cuba kita cepat-cepat fikir apakah punca yang menyebabkan orang itu bertindak sedemikian (menyebabkan kita terasa)?

Kalau orang itu memang sengaja hendak membuat kita terasa, tidak perlu melayan orang tersebut. Tinggalkan sahaja dia.

Tapi ada juga situasi seseorang itu yang mungkin dia tidak sengaja hendak membuat kita terasa, sedangkan yang membuatkan kita terasa adalah berpunca daripada kita.

Jadi, janganlah cepat terasa hati kerana sangat merugikan kita."
Hati yang bersih ialah hati yang sentiasa mengingat Allah SWT

Berikut merupakan sedikit kata-kata semangat yang aku terjumpa masa aku rasa down sebentar tadi. Dah lama rasanya aku tak rasa keadaan macam ni. Subhanallah, baru-baru ni aku tiba-tiba rasa makin peka dengan keadaan sekeliling aku. Macam-macam kerenah dan gelagat aku kena hadapi. Sekarang dah nampak sikit true colours yang tersembunyi sebelum ni. Haih,aku membebel banyak-banyak kat sini nak buat apa, biarlah sekadar melepaskan perkara yang selalunya tersimpan sendiri kat dalam hati sebelum ni. Biasanya masalah kecik je pun bila aku fikirkan dalam hati sorang-sorang boleh jadi "BESAR". *mengeluh panjang* Nanti kalau simpan banyak-banyak lagi, tak pasal-pasal boleh jadi gila kan. Heh. Takpe lah,  aku memang dilahirkan jadi seorang yang mudah terasa hati dan biasanya bila terasa, semuanya habis kat dalam hati sendiri je. Tapi aku tetap bersyukur dengan kurniaan Dia. Semua ni ada hikmahnya kan? Hurm kadang-kadang aku risau jugak kawan-kawan aku rasa complicated sangat sebab terpaksa hadapi perangai kebudak-budakan aku ni. Tapi yang pastinya, lepas ni aku akan sentiasa berpegang pada nasihat di atas ni supaya kekuatan EQ aku tak berkurang ^^



Maaf untuk entry emo ini (◡‿◡✿) 
*adios, wassalam*

No comments:

nuff