COUNTER

free hit counter

FOLLOWERS

SPONSORED BY





Monday, October 3, 2011

Reunion + Surprise Birthday Party

Assalamualaikum & Salam Sejahtera. Kali ni aku nak kongsi sikit pasal perkara yang baru je berlaku semalam, bersaam 1hb Oktober 2011. Perkara yang dimaksudkan adalah sesi "Surprise Birthday Party" kecil-kecilan untuk kawan-kawan sekampus aku iaitu Mied (19 Sept) & Aziah (4 Sept)


Kira diorang berdua ni geng-geng terdekat aku la. Birthday diorang dah lama lepas, bulan September yang lalu. Tapi masa birthday diorang, kawan-kawan tak dapat nak sambut sebab masalah-masalah tertentu. Beberapa hari sebelum aku & kawan-kawan yang lain berniat nak hang out & keluar jalan-jalan, aku tiba-tiba terfikir sesuatu. Aku terfikir nak buat sesuatu yang menggembirakan untuk Mied, rakan serumah aku memandangkan sejak kebelakangan ni, aku dapat rasakan dia selalu sangat rasa tertekan, tension dengan masalah di sekeliling dia. Dengan tempat praktikal dia, dengan masalah keluarga, masalah kesihatan lagi. Lepas tu, masa birthday dia hari tu pun, aku & kawan-kawan yang lain takde bagi hadiah langsung, macam takde apa-apa pulak yang berlaku. Sejak hari tu la aku asyik terfikir satu hari nanti aku nak buat something untuk dia. Dengan harapan dia rasa gembira sikit. Aku pun menyuarakan lah hasrat hati aku tu kat salah seorang kawan aku. 

Nas, Maz, Nana, Aziah, Fatin, Mira, Mied
[WE ARE ONE] 

Tujuan utama kami nak menggembirakn dia dan jugak nak kumpul semua sekali geng kami sebab dah lama tak keluar sama sejak praktikal ni. Mula-mula ingatkan agak impossible nak kumpulkan semua geng terdekat aku sebab ada yang praktikal juah nun dekat Johor, iaitu  Fatin @ Kak Ros. Tapi setelah dijemput melaui khidmat laman sosial, Kak Ros bersetuju untuk join sekali. Memang agak mengejutkan aku sebab dia sanggup datang jauh-jauh semata-mata nak menjayakan plan kami kat kawasan KL ni. Aku dan kawan-kawan yang terlibat dalam plan ni dah bincang macam-macam secara private tentang apa yang bakal berlaku pada hari kejutan tu nanti. Kami sedaya-upaya menyimpan rahsia ni dari diketahui oleh Mied & Aziah. Kami yang berbincang ni memang tersangatlah excited dengan perancangan rapi kami. Excited nak tengok macam mana reaksi budak 2 orang tu. 



Akhirnya hari yang dinanti-nantikan pun tiba. Kak Ros yang dari Johor tu bertolak ke KL pukul 9 pagi. Sampai ke KL dalam pukul 1 petang. Lepas tu, 2 orang kawan aku jemput Kak Ros kat terminal bas dan diorang terus je cari kek birthday. Aku tak boleh join diorang cari kek sebab aku keluar rumah sekali dengan mereka yang diraikan iaitu Mied & Aziah. Kantoi lah aku kalau aku ikut geng yang pergi beli kek.  Dalam pukul 1.30 petang, kami keluar rumah dan menuju ke Low Yat Plaza untuk settlekan sikit masalah laptop. Geng-geng yang menyediakan kek pun sibuk cari lokasi yang strategik untuk acara ni.

 Sempat snap gambar dengan tourist sebelum naik monorel

Aku hanya tunggu 'que' dari salah seorang dari diorang ni je untuk bawak ke tempat yang ditetapkan. Sampai je kat sana, Mied sangat-sangat teruja sampai tebangun dari kerusi bila ternampak kelibat Kak Ros. Memang susah nak percaya kot, sebab Kak Ros janji nak datang KL bulan 11 nanti. Aku boleh nampak wajah gembira bercampur terharu dari mereka yang diraikan. Apa yang boleh aku katakan adalah, "MISSION ACCOMPLISHED". Alhamdulillah, semuanya berjalan lancar. Kami semua dapat berkumpul sambil meraikan hari istimewa untuk mereka berdua.

"HB Mied & Ziah, BFF Sengal ^_^"

Aziah (kiri) & Mied (kanan)

Potong kek

Fatin @ Kak Ros all the way from Johor yaww



"If all my friends were to jump off a bridge, I wouldn’t jump with them, I’d be at the bottom to catch them."


*adios, wassalam*



4 comments:

RinsyaRyc said...

untungla dpt mkn kek...


http://bulatmata.blogspot.com/

hamidah sholihin said...

AHAHAHAHA..
Mekasih sngt2 !!! Mcm2 tahu jew prob aku kan.. TERHARU gila time tuh.. selamat dpt cover nk menangis ..

Cik Yana said...

Sedapnya kek tu!!!!

syamsid dhuha said...

bile nak suprise aku lak ni , hik3 :D

nuff