COUNTER

free hit counter

FOLLOWERS

SPONSORED BY





Saturday, May 31, 2014

Habis Final

Assalamualaikum. 30/5/14 - Hari ni nak cakap aku rasa seronok dan lega sikit rasanya sebab dah bebas daripada cengkaman fianl exam untuk semester kali ni. Ngehngeh. Terasa bahagianya. Al-maklum lah, penat study untuk final paper. Banyak pulak paper aku kali ni. Lepas ni mati kutu lah aku kat rumah sebab cuti sem kali ni diorang bagi sampai 3 bulan. Hambik kau, nak sangat cuti. Buat masa ni, biarlah aku mengamati keindahan dan kenikmatan cuti yang diberi ni dulu. Bila dah bosan tahap maksima sangat nanti, aku ingat nak cari kerja part-time kot.Takde lah membazir sangat masa aku. Lepas ni nak masuk bulan puasa, raya semua.



The Hunt X3

Oh, cuba tengok gambar tu. Style tak? Kahkah. Saja nak letak situ, nak simpan buat kenang-kenangan. Keserasian antara ahli kumpulan kami memang superb meletop kata kau. Itu hari kami ramai-ramai pergi buat kecoh kat Sunway Lagoon. Seronok bak hang. Balik rumah terus pengsan. Takpe, next time aku kasi upload gambar-gambar kami semua berfoya-foya kat dalam Sunway Lagoon tu.

Ini kali aku nak cakap, minggu depan kami rancang nak pergi berjimba beramai-ramai lagi. Ke A'Famosa Waterworld pulak kita. Mandi lagiiiii. Actually, plan asal nak buat BBQ je, tapi disebabkan lepas ni dah tak boleh nak jumpa selama 3 bulan, elok lah kiranya kita extend sikit sisa-sisa masa yang tinggal. Aku dah tak sabar-sabar dah ni. Sekarang tunggu budak-budak lain ni habis paper dan merdeka macam aku. Harap-harap semuanya berjalan dengan lancar. Amiiiin.

Sampai sini je lah kot. Sekian, wassalam.

No comments:

nuff