COUNTER

free hit counter

FOLLOWERS

SPONSORED BY





Friday, May 2, 2014

It's Been A While, Kazisha

*sapu-sapu sawang dalam ni*

Assalamualaikum dan selamat sejahtera. Ehem. Dah bertahun-tahun tinggalkan blog ni tanpa apa-apa entry, sekarang baru ada keinginan untuk merepek -meraban kembali. Bila diperiksa semula dengan teliti, aku dapat lihat bahawa kesemua entry yang aku publish sebelum ni, sikit yang teramat sangat. Setahun satu entry sahaja. Dah macam hari raya. Boleh nampak tak kemalasan aku kat situ? Yang penting Encik Nuffnang yang baik hati tetap bagi aku kempen sekali-sekala, walaupun aku entah ke mana hilangnya. Status glitterati aku pun still melekat sampai sekarang. Alhamdulillah, terima kasih Encik Nuffnang. *kenyit-kenyit mata*


Bukan apa, zaman dah berubah, kalau dulu punya la aktif sampai tak tidur malam nak blogwalk, tinggal jejak kat blog kawan-kawan blogger, sekarang ni, kawan-kawan blogger yang popular zaman dulu-dulu tu pun dah tak layan blog dah. Apa yang aku perasan, mula-mula sekali, biar aku salahkan Twitter. Lepas je aku terjebak dengan menatang Twitter ni dulu, perasaan malas untuk menaip panjang-panjang macam sekarang ni mula membuak-buak. First, mungkin sebab kat Twitter tu, kau bebas nak cakap apa saja yang terlintas kat fikiran kau. Second, sebab kau akan dapat feedback yang sangat cepat daripada kau punya followers. Third, taak perlu blogwalking.

Lepas tu, muncul pulak si Instagram. Yang ni lagi advance. Orang pun mula beralih arah ke situ. Yang ni lagi syok. Post gambar, repost, like, comment. Lebih kurang macam Facebook, tapi khusus untuk orang yang suka bergambar dan suka tengok gambar. Benda-benda macam ni lah yang membuatkan orang makin kurang berblogging, pada pandangan aku lah. 


Kali ni aku sendiri pun pelik juga kenapa aku rasa gatal tangan nak update blog ni. Mungkin sebab aku rasa sejak kebelakangan ni aku banyak bercakap dalam hati. Ya, macam dulu-dulu. Kalau dulu, apa yang aku fikir, aku akan take note kat mana-mana dan karang cerita untuk tatapan umum. Tapi, sekarang ni bila aku throwback balik semua entry yang lepas-lepas, aku akan tekup muka aku walaupun aku seorang je yang baca. Sungguh keanak-anakan. Lepas ni insyaAllah tak ada yang tahap macam tu lagi. Ya lah, umur pun dah masuk 23 tahun ni. Tetttt. Fuiyoo, baru terasa tua. 

Perkembangan terbaru aku, sekarang ni aku belajar di UniKL Malaysian Institute Of Information Technology (MIIT) yang dekat Kampung Baru, KL tu. Sambung Degree. Alhamdulillah, diploma dah settle dah tahun lepas. Buat masa sekrang ni, aku baru je semester 2 kat UniKL ni. Baru merangkak-rangkak lagi nak belajar. Kebanyakan kawan-kawan aku dari zaman diploma dulu, semuanya dah seronok bekerja. Ada dalam 10% je kot dari kalangan kami yang sambung belajar. heh. Bukan aku tak nak kerja, aku rasa ilmu IT dan multimedia dalam diri aku ni masih boleh di topup lagi.


Apa yang bestnya untuk semester kedua ni, aku dapat kenal dengan kawan-kawan baru yang perangainya sangat lah sempoi. Boleh masuk kepala. Semua gila-gila. Sikap diorang yang happy-go-lucky ni mungkin salah satu faktor utama yang buat aku rasa less pressure berbanding dengan semester lepas. 


Faktor yang lain: sebab semester ni tak perlu nak belajar programming language apa kejadah. Fokus aku sekarang lebih kepada subjek multimedia. Eh, macam terlebih panjang pula aku berceloteh kali ni. Jam pun dah pukul 1.30 ni. Baik aku sambung buat assignment sekejap, sebelum terlelap. Mungkin dalam entry yang akan datang (jika dipanjangkan umur), aku akan sambung lagi sikit pasal sahabat gila-gila yang aku mention tadi. 

Ok lah, selamat malam semua. Assalamualaikum.

No comments:

nuff