COUNTER

free hit counter

FOLLOWERS

SPONSORED BY





Monday, February 16, 2015

Semester 4

Wah, kemain lama aku buat derk je dengan blog ni, tak update update. Datang just approve komen, check mesej kat chatbox, blogwalk sekejap, lepas tu terus keluar. Nampak sangat pemalasnya. Kahkah. Dah masuk tahun 2015 dah pun. Usia pun dah meningkat. Pergh, macam tak percaya dah nak masuk 24 dah tahun ni. Laju betul. Hari ni dah 16 Februari. Dah tak lama lagi dah. Teman sepermainan aku kecik kecik dulu pun dah selamat jadi isteri orang baru baru ni




Yang ni pun sama jugak, macam tak percaya dah sampai jodoh. Hehehe. Semoga kekal sampai syurga lah hendaknya. Tak sabar dah ni nak main dengan anak sedara nanti. Okay, next. Cerita pasal study. Dah masuk sem 4 dah pun (kat dalam sistem je, actually kalau ikut remaining subjek, dah masuk sem 5 dah aku). Syukurlah sebab dapat transfer kredit. Berbaloi belajar dekat KYM dulu. Hmm, subjek subjek sem ni bagi aku agak heavy jugak lah, sebab banyak coding. Harap harap tak tersungkur lah nanti. Kalau ikut plan yang aku buat, next sem dah boleh amik FYP. Yang tu pun cuak juga tu. Aku ni pun satu, dah tahu banyak subjek susah, makin panjang pulak langkah aku merayau rayau dengan kawan. Duit pun mengalir macam air paip. Haih, dugaan belajar kat ibu kota ni =_=











Pantang ada masa lapang sikit, panjang je akal masing masing. Ajak pergi karok lah, pergi makan lah, pergi cuci mata lah. Kemain lagi. Tapi takpe, lepas belajar ni dah tak boleh dah berjimba sebegini rupa. Baik lah gunakan sisa sisa masa yang tinggal ni. Lepas ni semua dah kena buat hal sendiri dah. Ha, sudah lah tu rasanya. Tetiba nak membebel kat sini. Acah acah takde assignment. Padahal tengah buat assignment Internet Programming tadi. Ada pulak syaiton nirrojin berbisik kat telinga suruh buat kerja lain. Hm dah dah. Sampai sini je okaii. Assalam.


No comments:

nuff