COUNTER

free hit counter

FOLLOWERS

SPONSORED BY





Monday, April 20, 2015

Memori Hari Jadi



Assalamualaikum. Dah masuk 20 April dah pun hari ni, tapi aku saja nak kasi #throwback satu kali pasal sambutan hari jadi aku awal bulan lepas, 5 Mac. Heh. Ok, macam biasa, dalam pukul 12 tengah malam, whatsapp, wechat, fb wall post semua duk kasi notification kat henpon. Dapat wish dari kawan, sedara-mara dan sebagainya. Tapi dalam lingkungan pukul 12 lebih tu jugak lah aku tiba-tiba rasa nak cek pendrive aku dalam beg. Cek punya cek, pendrive nya tak ada. Sah tertinggal kat dalam lab kampus. Haih. Serabut kejap otak aku masa tu. Tapi bajet-bajet cool dan teruskan reply ucapan birthday tu. Kat atas tilam nak tidur, dalam hati dah berdoa banyak-banyak lah semoga pendrive tu selamat.

Keesokan harinya, aku bergegas lah ke kampus nak cari pendrive 16gb tu kononnya, tapi alangkah berkecainya hati aku bila tengok pendrive tu dah tak ada lagi kat dalam lab. Konpem dah kena rembat. Dalam hati duk sumpah-seranah jugak, tapi dalam masa yang sama, aku redhakan juga. Bukan rezeki aku. Then, terus lepak dalam library, settlekan kerja apa yang patut. 5 Mac aku pun berlalu dengan mood yang tak berapa nak stabil sangat, tapi masih bersyukur sebab ada juga kawan-kawan aku yang murah hati bagi reward sempena birthday aku. Ada yang belanja aku makan, belikan aku kek Secret Recipe, belanja air Caramel Macchiato Starbucks, belanja pizza kat Quill Mall sebelah tu. Makan ramai-ramai. Aku appreciate sangat. Rezeki, rezeki.






Ingatkan dah selesai dah hal birthday aku, rupanya team The Hunt X3 ada lagi agenda tersembunyi. Patut lah semua ahli team tu tak wish langsung time birthday aku. Dia orang ada rancangan untuk surprisekan aku hari Ahad tu, 8 Mac. *nangis* Konon-konon ajak lepak minum-minum kat taman klcc, rupanyaaaaaa... Nak gugur jantung aku tengok dia orang siap setting taman klcc tu dengan belon-belon merah. Siap ada bentuk love lagi. Rasa macam dalam mimpi. Serius.




February & March babies

Ada kek lagi. Heh. Dia orang ni. Dalam hati aku tak boleh nak gambarkan macam mana. Macam ni rupanya rasa kena surprise. Dia orang set up tempat tu sejak tengah hari lagi. Masa tu aku tengah berpiknik dengan housemate aku kat Taman Tasik Titiwangsa. Yang tu pun best juga, masak sendiri & berkelah kat taman tu. Memang double celebration sangat. Ha, sempat juga team The Hunt X3 record video ucapan untuk kami. Boleh tengok salah satu video kat sini. *double terharu* Yang pegang monopod dalam video tu lah "mastermind". Dia rupanya party planner. Kemain eksaited lagi dia.


Lepas buat kecoh kat taman, kami beralih pulak kat dalam KFC KLCC tu. Ingatkan dah habis, rupanya ada lagi. Dapat hadiah pulak dari dia orang. T_T Korang ni. Banyak sangat korang buat untuk aku. Terima kasih banyak-banyak, seriously. Korang semua memang terbaik. Edan, Rafiq, Qaiyum, Nas, Amin, Nadia, Wanie, Mira dengan Yana. Sayang korang sangat-sangat, tak tau nak describe macam mana. Terima kasih untuk memori hari jadi yang terbaik pernah aku ada setakat ni :)






No comments:

nuff